Search This Blog
Usai di Dunia semata
Mungkin jodoh itu ada di depan mata kita
Tapi, apa betul kah kalau si Dia itu yang
dijodohkan untuk kita?
Tergantung pada diri sendiri sebenarnya
untuk kita faham tentang soal jodoh. Bagaimana kalau dengan aku? Hmm... kalau
aku, jodoh itu semestinya yang sudah ditetapkan di Luh Mahfuz. Bukan mudah
untuk kita faham tentang situasi individu. Kadang aku tertanya-tanya, bagaimana
hubungan yang perlukan komitmen yang panjang itu seperti gurauan bagi
mereka-mereka? Kenapa semudah itu terjalin hubungan halal itu. Dan mereka katakan,
yang namanya pernikahan itu sangat mudah. Tidak perlu dirumitkan. Jadikan suatu
hubungan perkahwinan itu satu hal yang boleh beri kebahagiaan untuk dunia dan
akhirat. Memang berat bila sudah menikah kerana kita tidak dapat menjadi diri
kita yang dulu saat kita masih sendiri. Jadi bila kita ambil keputusan untuk
bernikah itu sama seperti kita berkorban. Itu lah pengorbanan pertama kita
terhadap pasangan. Pernikahan itu ibadah, dan berkorban demi ibadah itu memberi
pahala buat kita.
Jadi kenapa aku masih belum menikah? Haha.
Soalan lazim di usia yang semakin
meningkat. It’s normal for me untuk dengar soalan2 macam tu. Bukan mudah nak
bagi orang faham dengan situasi yang sebenar-benarnya. Aku pernah dengar juga
orang katakan kepadaku “ alaaa… ada lagi orang yang lagi teruk situasinya dari
kau. Kau jak yang terlalu fikir.”
Again, it’s normal for me. Perjalanan dari
awal ku pun bukan bersama mereka. Tetapi bersama family. Jatuh bangun bersama
family, sampai satu tahap..yes, all of us being scared if I decided to get
married. Satu tahap tu, semuanya jadi pasrah dan follow the flow only.. Bila semua pasrah, yang menjadi persoalannya
pula adalah, siapa yang sanggup?! Hhmm.. jawapannya BELUM ADA.
Bukan soal tidak mencuba. Bila diceritakan,
it will be showed I’m the victim for all of the situation. In fact, a man who
having relationship with me before are the best and kindly ever. It’s just not
our jodoh. That’s all. Everything happened to me caused by me and my condition.
Bukan nak cakap mereka tak dapat terima diri ini. I just cannot be the perfect
one for them. Only 1 of my story regarding my personal relationship that I want
to share here. Asbabnya adalah, segala situasi yang terjadi penuh pengajaran
dalam hidup ini.
Kisah ini mula bila aku mula menjejakkan
kaki di negeri orang. Sebelum aku hendak merantau, memang aku niatkan untuk
bantu family aku yang dikatakan bukan orang senang lah. Aku lahir dari keluarga
yang tidak senang (tidak berharta). Tapi, Alhamdulillah.. keluarga aku sangat pentingkan
ilmu pengetahuan. Arwah ayah selalu pesan untuk belajar supaya pandai.
Yelah..family background belah mak aku bukan pentingkan sangat belajar sebab
mak aku orang philipine (pelarian tapi ada passport sebab ayah jamin). Tapi
belah ayah semua educated background. Ada yang jadi nurse dan polis. Family
businessman pun ada. Tanah jangan cakap lah..tapi tu bukan point nya lah..point
nya adalah bila kita ada ilmu pengetahuan, kita akan Berjaya. That’s why arwah ayah sangat pentingkan
pelajaran dan ilmu pengetahuan.
Okey, berbalik pada cerita asal, aku mula
mencari kehidupan di negeri orang. Dengan penuh pengharapan aku mengharapkan
rezeki yang berkat daripada Allah untuk ku dan keluarga ku. Macam2 yang terjadi
sepanjang perjalanan ku sebagai seorang musafir. Dalam aku mengenali salah
seorang hamba Allah yang aku anggap kakak di negeri orang, iaitu Kak N. Kak N
adalah orang yang banyak membantu aku untuk selesaikan beberapa hal dan bagi
aku tinggal dirumahnya.
Ada satu hari Kak N tiba-tiba ajukan soalan
dengan aku. “ Aisyah, u xda boifren kah?”
Aku terdiam masa tu, terfikir betapa jauhnya perjalanan ku sampai aku lupa hal2 yang berkaitan dengan hubungan peribadi, and I said “ Tak ada kak. Dan saya tak ada niat lagi untuk berumah tangga.” Kak N pun mula dengan nasihatnya tentang pernikahan dan perkahwinan. Kak N bagitau kalau masalah yang aku hadapi ni seolah-olah aku menyalahkan takdir dan mungkin ada betulnya. Selagi tak usaha, Allah pun tak nak bantu. Kita yang dapat bangunkan dan bantu diri kita sendiri. Sama macammana aku berusaha sampai ke tmpat jauh untuk mencari rezeki. Sampaikan satu hari tu, Kak N suruh aku daftar satu apps ni untuk dijadikan satu usaha juga untuk mencari jodoh. Kemudian, aku pun try2 lah benda tu. Lepas 3 minggu, dengan izin Allah, aku tekan like for 1 picture yang merupakan gambar seorang lelaki bernama F. Seterusnya F bagi respon dan hantar mesej. Atas alasan yang sama kami sama2 mencuba apps ni untuk mencari pasangan. Waktu itu lah aku dan F saling berkenalan hinggalah kami berjumpa.
Lepas berjumpa juga, kami setuju untuk
bersama atas satu tujuan yang sama. Aku menceritakan segalanya kepada F tentang
keadaan ku yang tidak berapa sihat (chronic desease). Alhamdulillah waktu itu,
aku sangat bersyukur F terima aku seadanya. Dia juga menceritakan tentang
kelemahan diri. Tapi, bagi aku, tiada masalah bila kita memiliki pasangan yang
ada kekurangannya. Kita kena saling melengkapi. Kami jatuh ke dalam hubungan yang
semakin serius dan berusaha sebaik mungkin untuk pertahankan hubungan ini. Kami
telah merancang macam-macam untuk bersama. Siap jumpa mak F lagi. Kami menjadi
semakin yakin untuk bersama bila family masing-masing terima hubungan kami. Aku
menjadi yakin kalau F adalah orang dapat jaga aku dan terima aku. Aku minta
Allah berikan aku petunjuk yang jelas tentang keputusan ku untuk bersama F.
Tapi..Satu hari, dengan takdir Allah s.w.t,
aku telah jatuh sakit. Buat pertama kalinya aku terkena strok pada usia yang
sangat muda untuk sakit sebegini. Semua family dan kawan-kawan memang terkejut
dan sedih waktu itu. Jangan kan orang lain, aku juga sangat terkejut waktu itu.
Yang paling menyakitkan saat itu adalah, Allah bagi aku jawapan yang aku minta
daripadaNYA. F dan family tidak dapat terima keadaan aku. Aku seperti jatuh
ditimpa tangga waktu itu. Hancurnya hati aku waktu itu..dan aku tahu Allah lagi
Maha Mengetahui apa yang aku rasakan. Semuanya jadi hancur, perancangan,
kesihatan, hubungan dan mental aku waktu itu.
![]() |
Saat itu lah aku menjadi sangat-sangat
penat untuk lalui semua ini sekali lagi. Aku tahu aku jatuh sakit itu sebab
Allah nak tunjukkan dengan aku kalau F memang tak dapat bagi commitment
terhadap aku bila aku jatuh sakit. Walaupun dia banyak kali keluarkan kenyataan
kalau dia sanggup terima aku seadanya, which is hakikatnnya.. TIDAK. Dia tidak
mahu terima semua itu sebenarnya dan Allah ingin aku selamat daripada kata-kata
seorang lelaki yang memberi janji manis.
Dari kisah aku ni, aku nak bagitahu yang
Allah itu adalah sebaik-baik perancang yang tak dapat kita sangkal kasih
saying-NYA terhadap hamba-NYA. Tidak ada perempuan yang mahu hidup susah. Tapi
semua perempuan tahu, bahawa hidup tidak selamanya berhubungan dengan lelaki
Kamu pernah hancur, dan aku pernah lebur…
Kita masing-masing merawat hati yang
hampirnya gugur di duri2 yang melukakan.
Aku juga punya impian sama seperti
perempuan-perempuan yang lain yang inginkan kehidupan yang normal. Aku tidak
pernah harap untuk jatuh sakit sedemikian. Tapi, Allah tuliskan jalan cerita
aku seperti ini sebab Allah Maha Mengetahui. Allah lebih tahu siapa lemah dan
siapa yang kuat. Allah lebih tahu siapa yang berkehendak baik dan tidak. Aku
juga percaya kalau satu hari nanti akan ada seorang yang sangat istimewa
hatinya untuk ku. Jika tak di dunia, pastinya di syurga kelak (amin). Allah
pastinya akan menjaga aku dimana pun aku berada. Dia pasti letakkan orang-orang
yang terbaik untuk aku pada waktu dan saat yang tepat. Aku hanya perlu berdoa
dan meletakkan pengharapan kepadaNya. Aku tidak mau menjadikan soal jodoh
sebagai major point for my journey. Banyak lagi hal-hal yang boleh membawa kita
ke syurga Allah. Yang pastinya jaga hubungan kita bersama Allah dan berbuat
baik sesama manusia.



