Search This Blog

Bahagia kah pengakhirannya?

 




Aku tertanya-tanya

Kebahagiaan apa yang hendak mereka capai sebenarnya?

Mungkin kisah ini akan menjadi pengajaran yang besar buat aku dan adik beradik yang lain.

Aku sangat terkilan dengan manusia yang tiada takutnya dalam memberi jawaban yang dia rasa yakin kerana nafsunya sedangkan jawapan sudah jelas lagi nyata dalam al-Quran. Aku pernah bertanya dengan seorang hamba Allah yang jujurnya aku punya kebencian terhadapnya hanya kerana jawapan yang dia berikan kepadaku penuh dengan bodoh sombongnya.

Kebahagiaan seperti apa yang dia ingin capai? 


Kisahnya apabila seorang ibu yang sangat sayangkan anaknya menyatakan bahawa dia sangat tidak bersetuju dengan keputusan anak perempuannya untuk menikah lagi. Ya, anak perempuannya yang merupakan janda anak lima. Kasih sayang ibu ini sememangnya tiada batas. Walaupun dia punya anak yang lainnya, dia tetap mengharapkan anak perempuannya ini tidak meneruskan niatnya yang hendak berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali, malahan hanya berkenalan daripada media sosial sahaja. Jujur, aku sememangnya sangat-sangat sakit hati mendengarkan keputusannya walaupun dia tahu jika ibunya banyak mengalirkan airmata kerana keputusannya itu. Bahkan, dia sanggup meninggalkan anak-anaknya demi lelaki lain sedangkan kegagalan perkahwinannya yang pertama itu sudah memberi pengajaran yang jelas kepadanya. Maka kesemua adik beradiknya juga menentang hasratnya itu kerana kasih sayang tanpa syarat, dimana setelah kegagalan rumahtangganya yang pertama, semua adik beradiknya berusaha untuk membantunya dengan menanggung segala keperluan anak-anaknya. Si abang yang sanggup memberi wang untuk membaiki rumahnya. Semuanya dalam diam berkorban untuknya. Tapi apa yang dia lakukan? Dalam senyap dia menjalin hubungan dengan lelaki lain. Hal itu sangat mengejutkan semua keluarga kerana dia sendiri belum capai apa-apa lagi dalam kehidupannya setelah dia ditinggalkan oleh suaminya. Hidupnya hanya mengharapkan bantuan kerajaan, sedangkan dia masih sihat walafiat untuk menanggung kehidupan anak-anaknya. Adik beradik hanya inginkan dia bangun dengan sendirinya tanpa mengharapkan harta daripada lelaki. Selepas dia ditinggalkan oleh suaminya, tiada harta se sen pun yang diberi dan itu sangat memberi kesan dalam hidupnya dan anak-anak.

 

Tapi, itu lah. Hati ni Allah yang pegang. Kita tidak pernah jangka dan tidak dapat harap agar dia punya pemikiran yang sama seperti adik beradik yang lain. Dengan penuh bongkak, dia berani katakan kalau dia boleh bahagia tanpa restu orang tuanya. Dia yakin kalau lelaki yang baru dia kenali ini dapat memberinya kebahagiaan. Dengan penuh yakin dia katakan yang dia tinggalkan anak-anaknya bersama adik beradik lain jika adik beradik inginkan seperti itu. Masha Allah, ibu jenis apa yang sanggup tinggalkan anak-anaknya hanya kerana ingin menikah lagi? Bila ditegur dan di persoalkan kenapa dia sanggup tinggalkan anak-anak? Dengan kebodohannya sekali lagi mengatakan adik beradik adalah punca. Dia merasakan adik beradik tidak ada bantu dia dalam membesarkan anak-anaknya. Semua terdiam dan terkejut dengan kenyataannya sedangkan semua adik beradik yang berada dibelakangnya saat dia jatuh. Bahkan, sampai menjadi kes polis dan pergaduhan besar, adik beradik berada di hadapannya. Sangat mengejutkan bila dia nyatakan kalau dia ingin  menikah dengan lelaki itu kerana cintanya. Maka cinta ibunya? Adik-beradiknya? Anak-anaknya? Hanya kerana sang lelaki menghulur macam –macam harta benda dan wang ringgit, dia hanyut dalam melayani lelaki ajnabi sehinggakan sanggup lari bersama lelaki itu, tinggal dengan lelaki itu dan menguruskan pernikahannya tanpa wali yang sah. Kerana kedegilannya yang tak dapat dihalang dan mengelakkan daripada berlaku hal yang tidak diingini, abangnya mengalah dan mengiyakan kehendaknya. Semua terpaksa turut tapi perlukan masa untuk pengurusannya. Tapi, sekali lagi, dia buat keputusan sendiri dengan bertindak lari bersama anak-anaknya dan tinggal bersama lelaki asing  itu. Bagaimana adik beradik tidak berang dengan tindakannya?  Tetapi, disebabkan dia perlukan dokumen yang sah, dia mencari walinya yang sah dan mencari adik beradiknya semula. Tetapi, tetap dia melangkah daripada abangnya, dengan menggunakan adik lelakinya sedangkan dalam menikah itu ada urutan wali yang sah. Masha Allah, aku tak tahu nak nyatakn bagaimana lagi untuk membetulkan segalanya. Si ibunya pula yang terpaksa mengiyakan dan menurutkan kehendaknya dan segalanya tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Si ibu yang tergugat dengan keputusannya, dan dia berani katakan dia bahagia? Moga Allah pelihara hati kita semua daripada kesombongan dan kebodohan melalui tipu daya syaitan. Dia mengatakan kalau lelaki itu boleh membimbingnya ke jalan yang lurus dan penuh yakin dia katakan kalau dia boleh  bahagia.

 

Dan aku tertanya-tanya, dia berkahwin untuk apa? Kalau kerana Allah, kenapa begini caranya?

Dia ingin bahagia? Kebahagiaan apa yang dia maksudkan? Hubungannya dia katakan suci. Setelah melukakan semua orang? Dan lari? Pada jalan mana yang kita lihat kesucian itu?

 

Sungguh aku sangat terkejut dengan tindakan yang penuh kebodohan, angkuh dan menunggang agama ini.

 

Jangan dipersoal kenapa ramai yang membenci. Dan jangan dipersoal kenapa keluarga menjadi musuh. Tanya diri sendiri semula bagaimana perjalanan yang engkau pilih. Semua insan yang menyayangi memberimu nasihat yang tidak perlu engkau bayar.tapi, akhirnya engkau balas dengan pengkhianatan hanya kerana mengikit nafsu dunia mu semata.

 

Semoga Allah memelihara hati kita.



Jangan Putus Asa Wahai Aisyah

 




                                                                         *play the music


Banyak kejadian yang telah melemahkan aku.

Kini aku menjadi pantang terhadap kehilangan.

Saat aku punya kehilangan yang paling dasyat, aku melalui kehilangan yang penuh kejutan 

Perlahan-lahan semua mereka pergi tinggalkan aku.

Dan aku berjalan di setiap langkah ku  memikirkan asbab dan punca

Menjadi sempurna, ditinggalkan.

Menjadi tidak sempurna juga dipulaukan

Kadang tidak perlu lah berkejar-kejar menjadi kegemaran

Kerna, ,mereka tiada butuh dalam hidup kecuali Tuhan mendekatkan.

Sesak jalan cerita ku dengan kehadiran mereka walaupun membahagiakan pada awalnya.

Hanya ku ketap bibir dan mencelik mata dengan setiap keputusan.

Keputusan yang dimata mereka buat kebaikan diri ini.

Namun, hakikatnya bencana disetiap saat jam berjalan.

Sekarang aku redha dengan kehilangan walaupun perlu waktu yang panjang.

Tersenyum lah wahai Aisyah.

Bersyukurlah dengan sendirian mu tanpa ada yang membuat mu fikirkan hal yang sia-sia

Berdiri dengan kekuatan mu yang diberi tanpa syarat daripada-Nya

Istimewa mu itu ada pada hatimu dan engkau tahu itu

Senjata mu itu doa dan jangan berputus asa dengan ujian ini

Si Aisyah itu pemberani, penguat dan tegar dalam nafasnya.

Ya, itu aku  :)



My Counting for Biggest Losing (2011)

 




Luahan & Imbalan Tanpa Syarat

 





Andai manusia tahu bila dia mati, pasti dia tiada masa dalam memikirkan hal-hal dunia. Tentu dia hanya akan menangis sebab dia tahu yang dia akan meninggalkan segalanya dibelakang. Kita akan jadi sendirian melalui fasa-fasa alam kubur dan barzakh. Terus terang, aku juga berdebar saat aku menaip tentang hal ini. “ Bagaimana kalau itu aku? “ Setiap hari, tidak pernah sekali pun aku tidak terfikir tentang kematian. Kadang aku jadi pelik. Sewaktu aku operation jantung, aku tidak terfikir akan family ku waktu itu. Aku tidak terfikir aku akan sedar. Aku hanya fikirkan siapa yang akan ‘menjemputku?’

Semuanya bermain dalam fikiran ku selama ini. Kadang aku merasakan kalau aku perlu kan sesuatu daripada Allah, Allah itu seperti ada disebelahku mendengarkan segalanya. Saat aku bersedih akan sesuatu, walaupun hanya hal2 kecil aku akan mengadu seperti anak kecil seolah-olah aku menceritakan masalah kepada ayah ku. “Allah, macammana ni? Aku tiada ini. Minta bah aku.”

“Allah, tolong bah. Jantung ku sakit seperti ini. Bantu…”

“Allah, minta maaf aku..aku buat ini dan itu….”

“Allah, macammana ni? Aku takut begini dan begitu….”

 

Dan tiada doa ku yang Dia tidak makbulkan. Andai ada yang aku minta tapi belum dapat, aku tidak marah sebab dia sampaikan dalam hati kalau belum masanya. Dia buat hati ku faham perancangan-Nya.

 

Jangan jadikan bicara dengan Allah itu seperti bila perlu. Tapi, bicara lah sehari-hari. Walaupun Cuma dihati.


Aku Juga Bisa Bersedih

 


Kadang aku susah untuk menjelaskan segala sesuatu situasi. Bukan kerana mereka tetapi kerna aku tidak pandai menjelaskan dengan mereka. Pernah terdetik dalam hati ini. “Ya Allah, bagaimana aku hendak lalui semua ini? Apa lagi yang perlu aku lakukan?.







 Kadang aku takut pada monolog dalaman ku sendiri. Aku takut aku mempersoalkan takdir sedangkan bukan itu maksudku. Disebabkan segala yang terjadi dengan diri ini aku jadi takut untuk diberi jawapan lagi. Aku minta penyelesaian. Ya.. aku perlu penyelesaian yang tidak lagi menyakitkan. Andai aku katakan aku penat, aku hanya terus tidur dan berehat tanpa harus fikir, “kenapa harus aku?’.

Andai aku terlalu bergembira, aku hanya perlu senyum dan ketawa dihadapan mereka tanpa harus fikir. “ Akan bersedih kah aku selepas ini?”.

Jujur dalam menceritakan sesuatu akan membinasakan diri bila bertemu dengan manusia yang banyak dusta dan pura-puranya.