Search This Blog

HAPPY CONVOCATION NORFARASIKIN BINTI RAMLI




Finally, its like a dream for us, isn't it.?
Harini Fara's convocation day!!.





After what have you been through for whole your hard life before. Siapa yang sangka perjalanan hidup tidak jadi seperti yang kita rancangkan. Tapi, Allah tetap jadikannya perjalanan yang indah dan penuh kekemasan aturanNYA. Apa yang dapat aku lihat dari permulaan rintangan cerita kita ini adalah saat kau mula diuji dengan kehilangan abah. Disitulah bermula dugaan tanpa henti kita. Jujur aku jadi takut dan paranoid dengan semuanya.



Kehilangan abah, pergaduhan kita bertiga, pembedahan aku,kehilangan bapak aku, penangguhan belajar kau, misi pencarian kerja kita





Tapi individually kita memainkan peranan masing2. Kehadiran Rose dlm hidup kita cukup kuat untuk aku katakan, "yes, we are perfect now!" Sampai sekarang aku masih marah..setiap kali kau susah, aku bukan orang yang pertama untuk kau. tapi, Dimana aku jatuh, kau dan Rose ada denganku. Sorry weii. even sekarang pun aku marah diri sendiri. Kalau aku xsakit mcm sekarang ni,boleh je datang.  aku tahu kau kuat dengan cara kau. Aku seronok tengok semua family kau ada dengan kau dalam saat2 begini. Jaga mak elok2 tau.Aku sebenarnya nak throwback semua yang kita pernah lalui. Tp tangan menaip aku 1 je weii..hahaha..biarlah kita simpan sampai bila2 eh.. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke jannah. Aku sayang kau dan Rose.. Sorry xdapat datang tau.


I LOVE BOTH OF YOU MORE THAN YOU THINK

Final Year Project was an awesome experience









The Real Struggle





Langkah perjalanan hidup ku yang paling besar dan paling aku takuti disaat ini adalah berjauhan daripada keluarga kerana aku ingin hidup mandiri dan tunjukkan pada mereka kalau aku ini bukan orang yang lemah dimata mereka. Apa yang aku cari? Kerjaya, wang dan keberanian. Ini yang aku perlukan bagi mereka tahu kalau hidup ku ini punya semangat yang paling kuat yang aku warisi daripada dua orang yang paling kuat yang pernah aku jumpa, mak dan bapa. Dalam setiap kekuatan ku, ada mereka. Dalam setiap doa ku ada mereka. Aku berani sumpah kalau arwah ayah masih hidup, mesti aku tidak akan pernah dapat jauh daripada mereka kerana keadaan ku. Aku tidak bermaksud untuk katakan kalau mereka penghalang, tapi sebaliknya. Mereka pendorong kepada ku. Pergi ayah dari hidup ku adalah satu hal yang masih belum cukup untuk aku sembuhkan luka. Hilang tempat aku mengharap 100% dalam hidup ku. Sampai sekarang aku masih berat untuk menyebut perkataan ‘arwah’ buat bapa.
Apa yang aku buat di negeri orang bersendirian? Menangis dalam keadaan aku sendiri juga cukup bersimpati terhadap diri. Tapi, tetap juga.. aku masih kuat saat semua keluarga dan sahabat2 ku berdiri dibelakang ku menahan bahu ku untuk tetap tegak dan berdiri di bawah matahari yang sememangnya rahmat terindah. Kesusahan demi kesusahan aku hadapi sendirian. Sedang aku punya ramai adik beradik. Aku Cuma mau jadi pengharapan buat mereka. Kadang aku fikir, kalau mak nampak keadaan ku sekarang, dia pastinya menangis. Tapi, aku masih bersyukur. Lepas semua rintangan, Allah sentiasa ada dengan ku. Percaya lah, menjaga solat itu adalah kunci rezeki kita. Jangan pernah berputus asa dalam hidup. Tiada masalah yang tiada solusi. Bergantung pada diri kita sendiri. Seandainya semalam aku pilih untuk berbaring sambil melihat gambar makanan, aku yakin aku akan dapat rehat yang cukup, tapi tidak kenyang. Tapi seandainya semalam aku keluar pagi, balik malam demi sesuap nasi, aku yakin, bahkan kalian2.. kita dapat balik rehat dan merasa makanan. Pilihan di tangan kita sendiri. Kita hanya perlu sabar dalam segala hal. Praktis kan apa yang telah kita alami daripada pengalaman lepas. Andai kita silap langkah dimasa lalu, perbetulkan dengan langkah yang berani. Hanya satu yang perlu kita ingati, Allah itu Maha Mulia dan Pemurah. Berserah kepadaNYA, dan engkau pasti akan sentiasa merasa tenang dan dipermudahkan urusan. Allahu Akbar!!!