Search This Blog

Dusta Isi Hati

 






 

Pernah tak korang rasa ragu-ragu?

 

Mustahil lah tak pernah walau sedikit pun kan. Sejak kejadian peperangan di al-Quds antara Palestin dan Israel, aku alami kesedihan yang, masha Allah..tak dapat nak ungkap melalui kata-kata. Hancur berkecai hati dan perasaan ku melihat kemusnahan dan kematian yang ramai terutama kanak-kanak dan wanita. Ramai yang menjadi yatim, tambah-tambah lagi dalam bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Sampaikan kan aku sering terbangun setiap malam untuk fikirkan keadaan mereka disana. ( Jaga mereka, lindungi mereka ya Robbi.)

 

Sebelum ni, sapa yang pernah ikut aku dulu, mesti tahu macammana aku lalui segala kesusahan yang aku lalui dengan penderitaan yang bagi orang lain, “wow, kuatnya kau.”.. dorang tahu jawapan aku akan selalu dengan “ ramai lagi yang susah, tu anak2 syria.” Memang dari dulu aku akan bagi contoh anak-anak di tanah arab yang dizalimi oleh Zionist.

Masa aku meningkat remaja, Alhamdulillah Allah bagi aku kesempatan untuk aku lalui hari-hari dimana aku sentiasa tahu tentang berita anak-anak Syria dan Palestin disana. Demi Allah, anak-anak disana yang memberi aku kekuatan untuk hadapi apa-apa saja kepayahan atau kesusahan dalam hidup. Waktu aku kehilangan ayah pun, minda ku akan ku tegarkan dengan membandingkan kepayahan dan kesedihan mereka dengan ku. “Tak pa Moi, semua makhluk akan mati. Ramai lagi yang sedih. Ada kanak-kanak disana bahkan tidak jumpa mayat keluarga. Nikmat apa yang ingin kau dustakan?” Bukan mudah ya guys.

 

Masa perang terhadap Syria dan bandar Aleppo dulu (zaman aku masih belajar di Unimas). Aku lihat banyak kehancuran dan kematian. Waktu itu, tak semua orang punya kesedaran yang tinggi tentang keadaan mereka disana. Yelah, ,masa tu sekeliling ku semua focus on nak belajar dan graduate. Aku tak cakap yang sahabat-sahabat tak ambik tahu. Ada juga yang ambil tahu tapi tidak sekuat yang aku lihat sekarang. Sekarang, Alhamdulillah ya Allah.. bukan saja suara orang terdekat, bahkan satu dunia. Ada doa-doa yang Allah makbulkan. Aku yakin doa orang-orang mukmin itu sentiasa dimakbulkan Allah s.w.t. Cepat atau lambat saja. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu sedang kamu tidak tahu.

 

Okey, back to mine, aku pernah merasa ragu-ragu terhadap hidup. Yes, aku mengaku aku pernah. Even masuk bilik bedah, aku tertanya-tanya hidup balik tak.? Panjang umur tak? What if ? bla..bla..bla..

Aku sedar yang aku hilang kesedaran dalam matlamat untuk aku hidup dibumi Allah ni. Aku sedar aku terlalu fikirkan dunia semata sedang Allah itu Maha Kaya dan Maha Perancang. Aku pernah persoalkan tentang pengakhiran ku kelak . “Khusnul Qotimah kah aku kelak.?” Jujur aku sangat takut untuk fikirkan andai Allah membalikkan hati ini dari ajaran-Nya. Setiap hari aku mendoakan diri sendiri agar Allah sentiasa bimbing hati dan jiwa ku bersama kerabat-kerabat ku untuk berada di jalan Allah. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui keinginan dan aib hamba-hamba-Nya. Sungguh aku malu untuk harapkan Allah ampun kan dosa-dosa ku sedang aku sendiri tidak tahu seberapa tinggi nilai keikhlasan hati ku dan setinggi mana aku mentauhidkan-Nya. Jujur aku malu untuk membahaskan segala kebaikan dalam kalangan kerabat ku sedang aku tahu betapa banyak dosa ku kepada-Nya.

Aku sentiasa cemburu kepada syahidnya insan-insan yang dia pilih. Sampaikan aku pernah rasakan kalau kematian itu tidaklah menyakitkan andai aku menutup mata suatu hari nanti dalam keadaan membuat kebaikan.

 

Sejak beberapa hari peperangan yang jadi, aku tahu tiada yang dapat aku mampu lakukan kecuali doa dan menggunakan platform media sosial dalam memberi tekanan kepada Zionist Israel. Kemudian aku tanya balik pada diri sendiri. “Secukup ini kah engkau bantu, Aisyah?”. Semalam aku melihat seorang lelaki yang tersenyum dengan kematian tunangnya yang di bom di Palestin. Tiada tangisan, masha Allah. Malah kegembiraan yang ditunjukkan kerana dia yakin kalau tunangnya itu syahid di jalan Allah. Demi Allah aku sangat cemburu dengan kematiannya. Bukan saja cinta manusia, syahidah itu menerima cinta Allah s.w.t.. dan jawapan kepada semua itu adalah dia seorang penghafal al-quran. Aku sendiri malu sedang aku tidak hafal semua al-quran lagi (in shaa Allah, istiqamah perlahan-lahan). Kemudian aku terlihat lagi video kanak-kanak lelaki yang datang ke kawasan rumahnya, tapi dalam keadaan bersedih sehingga dia tidak dapat berkata apa-apa. Hanya matanya yang pilu melihat segala-gala yang dia hilang.

 

Kemudian Allah menyentapkan hati ku melalui persoalan ku sekali lagi.” Apa yang perlu kau lakukan ya Aisyah?” .. Aku terdiam sejenak. Dan aku fikirkan sekali lagi.. “ Apa ya Allah..?Aku telah berikan apa yang aku mampu.”

 

Itu kah kemampuan mu? Sedang aku dibumbungi atap dan makan makanan yang sedap-sedap, pakaian yang cantik-cantik.  Kalau ada yang aku mampu, akan aku berikan.

Dan aku berdusta disitu. Kita hidup seolah-olah kita telah memberikan segala-segalanya.. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-Nya sehingga isi hati mu. Aku tahu aku punya simpanan yang masih dapat membantu. Okey, mesti ada orang akan cakap, agak-agaklah.. bukan kau tak tolong pun, Yang penting niat kau dah sampai tu, dah lah. Allah tahu juga ikhlas hati seseorang. Dan waktu itu aku juga bertanya “ Andai lah aku sendiri tahu isi hati ku sedang Dia lagi Maha Mengetahui.” Allah lagi tahu segala perancangan hidup ku. Jangan pernah takut miskin harta. Aku lagi takut kalau aku jadi miskin jiwa dan ibadah. Jangan bangga dengan kekayaan yang sementara sedang di sana nanti Allah akan menimbang walau sebesar zarah kebaikan dan dosa-dosa kita. Pegang dada, tanya hati. Bersedia kah kita andai ditanya disana? 

 

Jom, gais.. ini lah masanya. Jangan takut pada kurang rezeki kita. Allah lah yang Maha Pemberi rezeki. Aku yakin kalau aku tidak mendapatkan rumah di dunia, akan ada rumah di syurga kelak. Andai aku tiada pasangan di dunia, di syurga kelak, in shaa Allah. Miskin kan harta dunia untuk kekayaan di akhirat kelak. In shaa Allah. Semoga Allah menerima segala kebaikan kita di dunia dan mengampunkan dosa-dosa kita. Stand for Palestin. Stand for Gaza. Stand for Syria. Stand for Aleppo. Stand for Lebanon. Stand for Islam. Allahu Akbar!