Setiap ibu akan menjadi kuat untuk anak-anak. Aku percaya
akan kata-kata itu, walaupun hakikatnya aku belum menjadi seorang ibu bahkan
belum berkahwin lagi.
Ceritera blog aku kali ini adalah berkaitan dengan seorang budak bernama Azzam Khalef Putra (Ammi).
Ammi merupakan anak buah aku yang aku
jaga sejak kecil lagi. Jujur aku sangat bersyukur sebab dibesarkan dalam
keadaan yang sempurna rasanya ada ibu bapa yang penyayang. Tapi Ammi lahir dan
membesar tanpa mengenali ayahnya. Permulaannya adalah setelah 3 bulan Ammi
lahir, kakak kandung aku ada masalah rumahtangga dan akhirnya terpaksa
bercerai. Kerana keadaan bekas suami yang tidak memberi nafkah, Ammi menjadi
tanggungjawab kami adik beradik. Aku pula yang asalnya nak mencari kerja lepas
konvo, terpaksa duduk dirumah sahaja menjaga Ammi selama setahun sebab ibu
kepada Ammi terpaksa bekerja untuk menyara anak-anaknya yang lain. Sepanjang
tempoh aku bersama Ammi, aku mula menjadi “mommy” kepadanya. Kemana-mana aku
pergi, dia mmg 24 jam akan bersama aku. Sampaikan nak ke toilet kena bawa dia.
Dari Ammi juga aku belajar untuk merasakan tanggungjawab seorang ibu. Setelah
Ammi berusia setahun 5 bulan, aku mula terfikir akan nasibnya kelak bila hendak
bersekolah. Sumber pendapatan daripada ibu nya mmg tidak akan mencukupi sebab
Ammi ada adik beradik yang lain juga.
Emak pula siang malam membuat kuih untuk dapatkan duit
tambahan supaya anak-anak buah dapat duit makan dan duit ke sekolah. Masa tu
aku buntu, macammana nak tolong family. Sampai lah satu hari tu aku terfikir
untuk bekerja dan ibu Ammi pula yang duduk d rumah menjaga anak-anaknya. Hari
pertama aku bekerja adalah hari pertama aku berpisah dengan Ammi untuk tempoh
yang lama. Memang perit sikitlah, tapi terpaksa sebab nak cari duit makan kan
masa tu. Aku bekerja selama 8 bulan masa tu dan sampai satu tahap aku mula
sedar yang aku sememangnya tak dapat nak tampung family aku dengan gaji yang
sangat rendah. Kawan aku cadangkan aku untuk merantau ke negeri dia sebab dia
cakap gaji kat negeri dia tinggi kalau ada education background macam aku.
Kemudian aku jadi dilemma lagi. Sedangkan berpisah beberapa jam, aku sudah rasa
perit, tak dapat nak imagine kalau aku harus berpisah dengan Ammi. Waktu itu
aku betul-betul nekad nak merantau sebab anak-anak buah juga adalah salah satu
puncanya. Aku nekad untuk kumpulkan duit untuk perbelanjaan pendidikan mereka.
Aku betul sayangkan anak-anak buah aku macam anak sendiri.
Sampaikan pernah buat julung kali dan harap yang terakhir
kalinya aku bertengkar dengan ayah Ammi di balai polis kerana dituduh mendera
anak-anak buah, sedangkan anak-anak buah adalah anak yang paling dan
sangat-sangat aku sayang lebih daripada nyawa sendiri. Bila bergaduh di balai,
polis yang bertanggungjawab tu memberi surat perlindungan buat aku sebab ayah
Ammi ada kemungkinan untuk mencederakan aku (sebab dengki dan marah dengan
kakak aku, kira ni masalah rumahtangga). Polis siap bagi amaran keras terhadap
ayah Ammi yang membentak dengan polis waktu tu. Bila sampai luar pintu, dia
siap ugut nak sihir kami sekeluarga (Allahu robbi). Waktu itu kami hanya mampu
berserah kepada Allah (in the end, ayah Ammi dah dipenjarakan sampai sekarang
kerana menjadi bomoh tipu dengan menipu duit orang).
Okey, sambung balik ke part Ammi dan aku berpisah. Kiranya
aku dan Ammi ni terpaksa berpisah sebab aku merantau untuk cari rezeki lebih
bantu mak aku dan keperluan-keperluan anak-anak buah aku. Bila aku dah mula
hidup stabil di negeri orang ni, aku mula merancang untuk bawa mak aku datang
sini. Aku dah niatkan untuk bawa mak aku jalan-jalan bila aku ada kenderaan.
Bawa anak-anak buah aku datang bercuti dan tanggung pembelajaran mereka.
Aku niatkan juga untuk bawa Ammi ke negeri tempat aku
merantau ini dan tinggal bersama aku.
Sekarang Ammi dah officially 4 tahun. Kami berpisah selama 2 tahun 11 bulan( ada juga bervideo call). Dan yang paling menyedihkan aku, Ammi juga ditinggalkan oleh mak dia dan pergi bersama adik beradik dia yang lain kerana berkahwin dengan lelaki lain.
Allah berfirman dalam al-Quran:
"Dan Mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan Allah sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)
(Surah al-Imran ayat 54)
Ammi membesar dalam keadaan sendiri
bersama kami sebab memang lepas aku merantau, yang jaga dia pun adalah mak aku
(nenek Ammi).
Mungkin ini adalah ujian buat aku untuk membesarkan Ammi.
Bagi aku ini bukanlah beban, tapi nikmat yang Allah bagi supaya aku selalu
beringat dan belajar untuk pasrah dengan ketentuan-Nya. Kejadian yang berlaku
sekarang ni juga buat aku sedar kalau hati itu boleh dibolak-balikkan dan iman
itu tidak dapat diwarisi.
*Walaupun kita merancang dengan penuh teliti, tapi
perancangan Allah itu lebih baik dan bersebab. Kita suka atau tidak, kita kena belajar untuk redha. :
".....boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya amat buruk bagimu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(surah al-Baqarah 2:216)
Setiap apa yang terjadi dalam perjalanan cerita kita dan orang lain perlu dijadikan pengajaran. Walau apa pun keputusan yang kita buat dalam meneruskan kehidupan, yang terpenting adalah kerana Allah s.w.t. dan jadikan restu dan kebahagiaan orang tua sebagai tunggak kebahagiaan kita. Jangan jadikan agama sebagai asbab tujuan yang salah. Sama-sama kita doakan supaya hati kita juga sentiasa dipelihara oleh Allah s.w.t..
