Langkah perjalanan hidup ku yang paling besar dan paling aku
takuti disaat ini adalah berjauhan daripada keluarga kerana aku ingin hidup
mandiri dan tunjukkan pada mereka kalau aku ini bukan orang yang lemah dimata
mereka. Apa yang aku cari? Kerjaya, wang dan keberanian. Ini yang aku perlukan
bagi mereka tahu kalau hidup ku ini punya semangat yang paling kuat yang aku
warisi daripada dua orang yang paling kuat yang pernah aku jumpa, mak dan bapa.
Dalam setiap kekuatan ku, ada mereka. Dalam setiap doa ku ada mereka. Aku
berani sumpah kalau arwah ayah masih hidup, mesti aku tidak akan pernah dapat
jauh daripada mereka kerana keadaan ku. Aku tidak bermaksud untuk katakan kalau
mereka penghalang, tapi sebaliknya. Mereka pendorong kepada ku. Pergi ayah dari
hidup ku adalah satu hal yang masih belum cukup untuk aku sembuhkan luka.
Hilang tempat aku mengharap 100% dalam hidup ku. Sampai sekarang aku masih
berat untuk menyebut perkataan ‘arwah’ buat bapa.
Apa yang aku buat di negeri orang bersendirian? Menangis dalam
keadaan aku sendiri juga cukup bersimpati terhadap diri. Tapi, tetap juga.. aku
masih kuat saat semua keluarga dan sahabat2 ku berdiri dibelakang ku menahan
bahu ku untuk tetap tegak dan berdiri di bawah matahari yang sememangnya rahmat
terindah. Kesusahan demi kesusahan aku hadapi sendirian. Sedang aku punya ramai
adik beradik. Aku Cuma mau jadi pengharapan buat mereka. Kadang aku fikir,
kalau mak nampak keadaan ku sekarang, dia pastinya menangis. Tapi, aku masih
bersyukur. Lepas semua rintangan, Allah sentiasa ada dengan ku. Percaya lah,
menjaga solat itu adalah kunci rezeki kita. Jangan pernah berputus asa dalam
hidup. Tiada masalah yang tiada solusi. Bergantung pada diri kita sendiri.
Seandainya semalam aku pilih untuk berbaring sambil melihat gambar makanan, aku
yakin aku akan dapat rehat yang cukup, tapi tidak kenyang. Tapi seandainya
semalam aku keluar pagi, balik malam demi sesuap nasi, aku yakin, bahkan
kalian2.. kita dapat balik rehat dan merasa makanan. Pilihan di tangan kita
sendiri. Kita hanya perlu sabar dalam segala hal. Praktis kan apa yang telah
kita alami daripada pengalaman lepas. Andai kita silap langkah dimasa lalu,
perbetulkan dengan langkah yang berani. Hanya satu yang perlu kita ingati,
Allah itu Maha Mulia dan Pemurah. Berserah kepadaNYA, dan engkau pasti akan
sentiasa merasa tenang dan dipermudahkan urusan. Allahu Akbar!!!

No comments:
Post a Comment