Search This Blog

KAMPONG PEOPLE IN KG KURNIA JAYA BATU 4 JALAN APAS TAWAU

 

Another level of REAL PRANK! 

 

17 March 2022, hari khamis bersamaan 1 Sya’ban.

Tiada yang pernah menyangka dan menduga. Big history in our life, and also to our family in kampong kurnia Jaya Batu 4 Jalan Apas Tawau. Hanya mampu tersenyum kecil aku untuk melihat alamat ini.

E1-5, Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas Tawau. Alamat yang kini tiada berdiri rumahnya. Hancur dan ranap, habis dijilat api semuanya. Mungkin ramai yang akan nampak orang-orang batu 4 ni post statement2 yang hampir sama. Contohnya : Kampung ku tinggal kenangan / tiada sudah kenangan batu 4 / Tempat aku membesar kini tiada / Tiada lagi kemeriahan di batu 4.

I don’t know how to explain here on how we are being growth up through all the memories in our village. Hanya kita ‘orang kampong batu 4’ yang faham betapa besar kehilangan walaupun orang Nampak kampong kita ni kampong yang bahaya untuk orang luar masuk. Banyak bermain di fikiran tentang kampong halaman, seperti flashback in mind untuk kita kenang balik semua kejadian di batu 4 tu. I think everyone rasa benda yang sama, dan hanya kita yang faham betapa kecewanya kita bila kampong halaman hilang dalam sekelip mata saja.

I’m gonna share you the best story about Batu 4. Perasan tak, kampong batu 4 ni terbakar dalam keadaan yang sangat teruk. Kira kebakaran terbesar juga dalam sejarah hidup kami. Kalau kamu perasan, jambatan2 di sana tu teruk dan banyak lubang dan agak bahaya juga. Tapi, peristiwa kebakaran yang terjadi ni, tiada kemalangan jiwa pun yang berlaku. Can you believe it?! Padahal ramai warga emas dan anak2 kecil di kampong tu..Terus terang, aku betul2 bangga dengan orang2 kampung aku ni.. Tak kisah kau anak siapa or keluarga siapa, kalau ada hal2 yang bahaya, macam kebakaran ni, memang orang kampong akan selamatkan. Kau jatuh di air laut pun, akan ada orang lompat untuk ambil kau, padahal kau tak kenal ( lps tu, hujung2 mak bapak cakap keluarga juga..hahha). Yes! That’s how my orang kampong. Kalau nak tolong, berabis akan ditolong. Kalau nak benci pun berabis akan membenci. Hahahha..!! But~ we always come back to our home and always feeling happy with our surrounding. Tambah2 lagi utk perantau macam kami ni. Bila dah pasang niat mau balik kampong tu, memang excited dah. Now, dah tiada alasan yang kuat untuk balik kampong nak tengok rumah arwah bapak. Rumah tempat kami membesar, tempat tidur yang akan dengar air laut malam2, dan terganggu kalau ada tiang terapung langgar tiang rumah..hahhaha. Tiada lagi moment bahang tengah rumah yang panas sampai terpaksa bentang lapik tempat baring-baring luar rumah bila waktu tengah hari. Kau pernah kah makan di kaki lima rumah sebab ahli keluarga ramai, so hidang makanan di luar rumah then makan ramai2. Lepastu, orang akan lalu jambatan.. kita pun akan ajak sekali (pakcik, makan~ or makcik2 lalu then cakap ‘cik, makan’) orang yg lalu plak akan cakap ‘ iya makanlah..bismillah’ or ‘iya..makan kamu.. jalan lagi aku ni oh’..hahhahha

 

The other fantastic environment when living there is economical food and beverages. Cewah, bunyi nampak macam mewah.. trust me, kau takkan pernah jumpa di negeri lain jual milo, softlan,minyak masak, cuka, and others dengan harga 20 sen. Orang cakap, duduk batu 4, bila mak bapak kau nak keluar jalan pergi takada pagi2 kah or urusan imigresen kah, then mak bapak bagi kau RM2 kira boleh buat sarapan pagi dah utk beli kuih. ( if ada tempat lain macam ni juga, tell me! Then it’s great to hear). Air giling harga 50 sen pun kira menu rare dalam Malaysia ni..hahahah..That’s how creative my kampong people in Batu 4. Lagi satu version, bila ada kecurian..(I’m laughing alone now). Bila ada kecurian dia batu 4 tu, heboh dia tu lain macam. Especially, bila malam..Semua akan bangun teriak2 tapi pencurinya mesti tak dapat! Hahhahhha!! Esok pagi nya mula lah disebut2 nama2 entah apa dan siapa, aku pun x kenal. Anak si itu lah, anak si ini lah..end up, keluarga juga. OMG! Hahhhaahaha..Kalau ada kenduri kawin, jangan cakaplah. Merewangnya tu memang gempak! Kampung ku ni jelah kalau kau karaoke macammana pun, tiada yg akan complaint..hahhahaha.. kau nyanyi malam2 pun no hal kalau ada event ka apakah..tapi, kalau kau duduk luar rumah orang main gitar malam2, kau tunggu lah beliau2 keluar marah2 kamu..

Ramadhan dah nak dekat. Sekarang tiada lagi pengalaman utk dirasa bila budak2 entah group mana tanpa gaji lalu setiap jambatan untuk bangunkan orang bersahur. Lagu entah apa2 jak.. kalau batu 4 ni tak terbakar, jangan2 lagu tangmo nida tu pun diorang nyanyi version bangunkan sahur.. hahhaha! Bila malam sehari sebelum raya, kau akan lihat betapa banyak designer2 rumah. Rumah yang dihias cantik2. Orang boleh cakap, kampong ni..rumah2 dia luar Nampak setinggan, tapi dalam rumah macam condominium style. Macam2 version. Cat macam petronas ada, macam balai polis ada..cat macam bomba pun ada.hahahha!..Di batu 4, kau beraya ke semua rumah keluarga walaupun rumah dekat2 jak. Satu hari tu boleh sampai 5-7 rumah dapat ziarah..kalau kau sakit perut, kau boleh singgah rumah dulu lah..lpstu sambung ziarah balik. Interesting!

Soal bersukan pun jangan cakap lah. Banyak atlet di kampong tu. Level nak wakil negara pun ada. Cuma mostly yang bersurat dapat go more higher level lah. Yang lain kebanyakannya tiada surat. Tapi kalau nak suruh bertanding lawan antara kampong tu..kira sembang juga lah aku nak cakap ramai yang berbakat.

Kami mungkin bukan family yang baik dimata sesetengah orang kampong. Tapi percayalah, bila kita berjauhan dan bertemu dimana2 tempat, kami tetap anggap orang kampong sebagai family juga. Arwah bapak selalu pesan dengan kami anak2 Ahang utk selalu bantu orang yang susah, apalagi orang kampong sendiri. Moga orang2 kampung terutama kejiranan terdekat berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan urusan.

..unbelievable that this memory still in my mind. We are facing total lost, correct! But we never lost our memories here. Semoga semuanya selamat dan Allah mudahkan segala urusan family di kampong. We might lost all the properties, tapi percaya lah. Orang batu 4 tak pernah faham erti give up (hanya orang kampong yang faham! Hahhaaha…). That’s how we are growing up. Esok lusa kita hanya mampu ceritakan kepada anak cucu kita betapa indahnya waktu kita membesar di kampong Batu 4 Jalan Apas Tawau.


Allah Uji, Allah Sayang!

Dusta Isi Hati

 






 

Pernah tak korang rasa ragu-ragu?

 

Mustahil lah tak pernah walau sedikit pun kan. Sejak kejadian peperangan di al-Quds antara Palestin dan Israel, aku alami kesedihan yang, masha Allah..tak dapat nak ungkap melalui kata-kata. Hancur berkecai hati dan perasaan ku melihat kemusnahan dan kematian yang ramai terutama kanak-kanak dan wanita. Ramai yang menjadi yatim, tambah-tambah lagi dalam bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Sampaikan kan aku sering terbangun setiap malam untuk fikirkan keadaan mereka disana. ( Jaga mereka, lindungi mereka ya Robbi.)

 

Sebelum ni, sapa yang pernah ikut aku dulu, mesti tahu macammana aku lalui segala kesusahan yang aku lalui dengan penderitaan yang bagi orang lain, “wow, kuatnya kau.”.. dorang tahu jawapan aku akan selalu dengan “ ramai lagi yang susah, tu anak2 syria.” Memang dari dulu aku akan bagi contoh anak-anak di tanah arab yang dizalimi oleh Zionist.

Masa aku meningkat remaja, Alhamdulillah Allah bagi aku kesempatan untuk aku lalui hari-hari dimana aku sentiasa tahu tentang berita anak-anak Syria dan Palestin disana. Demi Allah, anak-anak disana yang memberi aku kekuatan untuk hadapi apa-apa saja kepayahan atau kesusahan dalam hidup. Waktu aku kehilangan ayah pun, minda ku akan ku tegarkan dengan membandingkan kepayahan dan kesedihan mereka dengan ku. “Tak pa Moi, semua makhluk akan mati. Ramai lagi yang sedih. Ada kanak-kanak disana bahkan tidak jumpa mayat keluarga. Nikmat apa yang ingin kau dustakan?” Bukan mudah ya guys.

 

Masa perang terhadap Syria dan bandar Aleppo dulu (zaman aku masih belajar di Unimas). Aku lihat banyak kehancuran dan kematian. Waktu itu, tak semua orang punya kesedaran yang tinggi tentang keadaan mereka disana. Yelah, ,masa tu sekeliling ku semua focus on nak belajar dan graduate. Aku tak cakap yang sahabat-sahabat tak ambik tahu. Ada juga yang ambil tahu tapi tidak sekuat yang aku lihat sekarang. Sekarang, Alhamdulillah ya Allah.. bukan saja suara orang terdekat, bahkan satu dunia. Ada doa-doa yang Allah makbulkan. Aku yakin doa orang-orang mukmin itu sentiasa dimakbulkan Allah s.w.t. Cepat atau lambat saja. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu sedang kamu tidak tahu.

 

Okey, back to mine, aku pernah merasa ragu-ragu terhadap hidup. Yes, aku mengaku aku pernah. Even masuk bilik bedah, aku tertanya-tanya hidup balik tak.? Panjang umur tak? What if ? bla..bla..bla..

Aku sedar yang aku hilang kesedaran dalam matlamat untuk aku hidup dibumi Allah ni. Aku sedar aku terlalu fikirkan dunia semata sedang Allah itu Maha Kaya dan Maha Perancang. Aku pernah persoalkan tentang pengakhiran ku kelak . “Khusnul Qotimah kah aku kelak.?” Jujur aku sangat takut untuk fikirkan andai Allah membalikkan hati ini dari ajaran-Nya. Setiap hari aku mendoakan diri sendiri agar Allah sentiasa bimbing hati dan jiwa ku bersama kerabat-kerabat ku untuk berada di jalan Allah. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui keinginan dan aib hamba-hamba-Nya. Sungguh aku malu untuk harapkan Allah ampun kan dosa-dosa ku sedang aku sendiri tidak tahu seberapa tinggi nilai keikhlasan hati ku dan setinggi mana aku mentauhidkan-Nya. Jujur aku malu untuk membahaskan segala kebaikan dalam kalangan kerabat ku sedang aku tahu betapa banyak dosa ku kepada-Nya.

Aku sentiasa cemburu kepada syahidnya insan-insan yang dia pilih. Sampaikan aku pernah rasakan kalau kematian itu tidaklah menyakitkan andai aku menutup mata suatu hari nanti dalam keadaan membuat kebaikan.

 

Sejak beberapa hari peperangan yang jadi, aku tahu tiada yang dapat aku mampu lakukan kecuali doa dan menggunakan platform media sosial dalam memberi tekanan kepada Zionist Israel. Kemudian aku tanya balik pada diri sendiri. “Secukup ini kah engkau bantu, Aisyah?”. Semalam aku melihat seorang lelaki yang tersenyum dengan kematian tunangnya yang di bom di Palestin. Tiada tangisan, masha Allah. Malah kegembiraan yang ditunjukkan kerana dia yakin kalau tunangnya itu syahid di jalan Allah. Demi Allah aku sangat cemburu dengan kematiannya. Bukan saja cinta manusia, syahidah itu menerima cinta Allah s.w.t.. dan jawapan kepada semua itu adalah dia seorang penghafal al-quran. Aku sendiri malu sedang aku tidak hafal semua al-quran lagi (in shaa Allah, istiqamah perlahan-lahan). Kemudian aku terlihat lagi video kanak-kanak lelaki yang datang ke kawasan rumahnya, tapi dalam keadaan bersedih sehingga dia tidak dapat berkata apa-apa. Hanya matanya yang pilu melihat segala-gala yang dia hilang.

 

Kemudian Allah menyentapkan hati ku melalui persoalan ku sekali lagi.” Apa yang perlu kau lakukan ya Aisyah?” .. Aku terdiam sejenak. Dan aku fikirkan sekali lagi.. “ Apa ya Allah..?Aku telah berikan apa yang aku mampu.”

 

Itu kah kemampuan mu? Sedang aku dibumbungi atap dan makan makanan yang sedap-sedap, pakaian yang cantik-cantik.  Kalau ada yang aku mampu, akan aku berikan.

Dan aku berdusta disitu. Kita hidup seolah-olah kita telah memberikan segala-segalanya.. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-Nya sehingga isi hati mu. Aku tahu aku punya simpanan yang masih dapat membantu. Okey, mesti ada orang akan cakap, agak-agaklah.. bukan kau tak tolong pun, Yang penting niat kau dah sampai tu, dah lah. Allah tahu juga ikhlas hati seseorang. Dan waktu itu aku juga bertanya “ Andai lah aku sendiri tahu isi hati ku sedang Dia lagi Maha Mengetahui.” Allah lagi tahu segala perancangan hidup ku. Jangan pernah takut miskin harta. Aku lagi takut kalau aku jadi miskin jiwa dan ibadah. Jangan bangga dengan kekayaan yang sementara sedang di sana nanti Allah akan menimbang walau sebesar zarah kebaikan dan dosa-dosa kita. Pegang dada, tanya hati. Bersedia kah kita andai ditanya disana? 

 

Jom, gais.. ini lah masanya. Jangan takut pada kurang rezeki kita. Allah lah yang Maha Pemberi rezeki. Aku yakin kalau aku tidak mendapatkan rumah di dunia, akan ada rumah di syurga kelak. Andai aku tiada pasangan di dunia, di syurga kelak, in shaa Allah. Miskin kan harta dunia untuk kekayaan di akhirat kelak. In shaa Allah. Semoga Allah menerima segala kebaikan kita di dunia dan mengampunkan dosa-dosa kita. Stand for Palestin. Stand for Gaza. Stand for Syria. Stand for Aleppo. Stand for Lebanon. Stand for Islam. Allahu Akbar!






 

MELIHAT KESALAHAN DIRI SENDIRI





Dalam mafhum sebuah riwayat menyatakan bahawa jika Allah inginkan kebaikan kepada seseorang hambanya maka Allah akan tunjukkan kepada dirinya aib dan kelemahan dirinya sendiri untuk dia bermuhasabah. 


Antara keramat para wali ialah "kasyaf" iaitu tersingkap dihadapan matanya sesuatu yang ghaib dengan izin Allah. Walaubagaimanapun ulama tarbiah mengatakan bahawa kasyaf yang terhebat yang boleh dicapai oleh mukmin ialah kasyaf kepada aib dirinya sendiri. Dalam erti kata lain, mata dan fikirannya tidak sibuk dengan keaiban orang lain tapi sibuk dan masyghul dengan aib dan kelemahan dirinya.


Seseorang yang sibuk dengan aib dirinya sudah pasti tidak akan ada masa untuk melihat keaiban orang lain. Allah kurniakan kepada kita dua mata, satu untuk melihat kebaikan orang lain dan satu lagi untuk melihat keaiban, kelemahan dan kekurangan diri sendiri.


Di masa sebelum diutusnya Rasulullah SAW, ada seorang lelaki saleh dari Bani Israil yang mempunyai amalan yang sungguh luar biasa. Telah tujuhpuluh tahun lamanya ia berpuasa dan hanya berbuka setiap tujuh hari sekali. Dalam beberapa waktu terakhir, ia selalu berdoa kepada Allah agar diperlihatkan kepadanya bagaimana cara syaitan menyesatkan manusia. Ia berharap, dengan mengetahui hal itu ia bisa menghindari jalan dan cara yang digunakan syaitan tersebut.


Beberapa waktu lamanya berdoa, bahkan dia menambah beberapa amalan ibadahnya tetapi Allah belum juga mengabulkannya. Sebagai seorang yang soleh, dia menyedari bahawa ada yang salah dengan dirinya, yakni sikap batinnya dalam berdoa, maka dia berkata kepada dirinya sendiri, “Jika saja aku dapat melihat dosa dan kesalahan antara aku dan Tuhanku, tentulah hal itu lebih baik daripada apa yang aku minta (yakni melihat syaitan)…!!”


Kemudian Allah SWT mengutus salah seorang malaikat, dan berkata kepadanya, “Sesungguhnya Allah mengutusku kepadamu, dan Allah berfirman : Sesungguhnya perkataan (terakhir) yang engkau katakan itu jauh lebih baik daripada seluruh ibadah yang telah engkau lakukan di masa lalu….”

Malaikat itu melanjutkan, “Kerana hal itulah Allah mengizinkanmu untuk melihat, maka sekarang lihatlah apa yang engkau inginkan….!!”


Lelaki Bani Israil itu melihat bagaimana tentera-tentera iblis mengelilingi bumi, bergerak antara langit dan bumi dengan bebas dan cepatnya. Tidak ada seorang manusiapun kecuali syaitan-syaitan itu mengitarinya untuk menggelincirkannya, seperti sekelompok serigala yang mengitari seekor kambing untuk disantap menjadi makanannya. 


Dia berkata seperti putus asa, “Wahai Tuhanku, siapakah yang boleh selamat dari semua itu?”


Allah berfirman, “Yang boleh selamat adalah orang-orang yang wara’ dan bersikap lemah lembut kepada sesamanya!!”


Makna wara’ sangat luas, tetapi secara ringkas boleh dikatakan sebagai sikap waspada dan hati-hati, berusaha menjauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang dapat membuatnya jatuh ke dalam dosa.

BFF with a man

 Friendship 2011 till now...



Sebelum ni aku pernah terbaca satu post daripada one of the influencer regarding the topic of “Boleh kah lelaki dan perempuan berkawan?”. It’s just so suddenly I remember of someone. Aku tidak menolak opinion influencer tu yang menyatakan pendapat dia tentang topik ni. Of course lah kalau kau dah ada komitmen terhadap hubungan, macam dah jadi isteri or suami orang, kau memang dah tak boleh nak wujudkan terms “berkawan baik” dengan lelaki lain. What I want to share here is about my best friend which is a man. Hehehehe.. To be honest, he is one of the best person that I have in my life. Aku pun tak pernah sangka yang one day kami akan jadi rapat. When I have a problems, he will be one of the person yang akan come to me and give me help & support. Memandangkan kami dah berjauhan, I thought..’ohh.. he will focus on his life. He will forget me.’ Tapi, rupanya tak macam tu. Masa aku jatuh sakit, he still with me. Sometimes when I really need someone to rely or someone to listen all my problems, he will always listen to me. The great thing is he always makes me laugh in every situation. Yes, I do miss him and love him as my bestfriend. I know one day he will have his own life. Aku pun tak sabar nak tengok dia kahwin. I really want to see him having a happy life too. Hehe.. know what, he is also one of the reason why im still putting sarawak’s memory in my heart.

 

I remember when I asked him to draw my picture. He did not complain about it. In fact, he did it. Haha.. Thank you.

 





I had changed my blog. But still not let him know about it. To be honest, sometimes I have to give him space cause he is hardworking person and keep working day & night. Nak on call tu, kena time aku ada problem jak. Hahaha.. Kalau tak, xda story mory dengan dia.. Yang penting, the moment I arrived in Sarawak again, I will meet him for sure (Nak claim sponsor tu kan- Steamboat, Chicken Heartz Buffet).

 

Thank you dear Arjun…

Thank you for coming and visited me in Pusat Jantung Sarawak before my operation and bought KFC for me. 

Thank you for sponsored me and my friends at steamboat & Heartz Chicken Buffet.

Thank you for giving me support during my stroke healing time by oncall with me especially when i need someone to listen all of my problems.

Thank you for promised me again with comforted promises, even though i know it is impossible for now. Hahaha.. at least, you pleased me.. Thank you my friend 😉



 











Back to Gold Memory













Khalef


 




Andai sebuah pertemuan itu hanyut tanpa noktah

Manis jika dikayuh bersama kuat diimbangi hasrat saksama

Pahit diancam ragu-ragu

lemah tanpa komitmen

Gugur segala tetesan yang tidak tertahan

Sakit segala jiwa dan raga

Hampa dan kecewa

Lusuh dan terabur

Perlu detik panjang yang berjalan

Ku tutup kan mata harap esok tiada

Bibir jadi basah kesan airmata

Hampir ku teriak kan segala rasa siksa

Tapi masih gelap saat ku membuka mata

Ku angkat tangan semula capai satu rasa

Namun dihempas ku hingga berdarah

Ku genggam erat membuka telapak tangan

Saiz kecil itu kuat menarik ku, tergamam

Si permata beta hatinya penuh indah

Mengusap kecewa ku saat aku lupa

Wahai mami Putra, lihat pada hati

Berjalan kita pada titian nan panjang

Bersama-sama saling kita genggam hingga pintu yang abadi

 


Bahagia kah pengakhirannya?

 




Aku tertanya-tanya

Kebahagiaan apa yang hendak mereka capai sebenarnya?

Mungkin kisah ini akan menjadi pengajaran yang besar buat aku dan adik beradik yang lain.

Aku sangat terkilan dengan manusia yang tiada takutnya dalam memberi jawaban yang dia rasa yakin kerana nafsunya sedangkan jawapan sudah jelas lagi nyata dalam al-Quran. Aku pernah bertanya dengan seorang hamba Allah yang jujurnya aku punya kebencian terhadapnya hanya kerana jawapan yang dia berikan kepadaku penuh dengan bodoh sombongnya.

Kebahagiaan seperti apa yang dia ingin capai? 


Kisahnya apabila seorang ibu yang sangat sayangkan anaknya menyatakan bahawa dia sangat tidak bersetuju dengan keputusan anak perempuannya untuk menikah lagi. Ya, anak perempuannya yang merupakan janda anak lima. Kasih sayang ibu ini sememangnya tiada batas. Walaupun dia punya anak yang lainnya, dia tetap mengharapkan anak perempuannya ini tidak meneruskan niatnya yang hendak berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali, malahan hanya berkenalan daripada media sosial sahaja. Jujur, aku sememangnya sangat-sangat sakit hati mendengarkan keputusannya walaupun dia tahu jika ibunya banyak mengalirkan airmata kerana keputusannya itu. Bahkan, dia sanggup meninggalkan anak-anaknya demi lelaki lain sedangkan kegagalan perkahwinannya yang pertama itu sudah memberi pengajaran yang jelas kepadanya. Maka kesemua adik beradiknya juga menentang hasratnya itu kerana kasih sayang tanpa syarat, dimana setelah kegagalan rumahtangganya yang pertama, semua adik beradiknya berusaha untuk membantunya dengan menanggung segala keperluan anak-anaknya. Si abang yang sanggup memberi wang untuk membaiki rumahnya. Semuanya dalam diam berkorban untuknya. Tapi apa yang dia lakukan? Dalam senyap dia menjalin hubungan dengan lelaki lain. Hal itu sangat mengejutkan semua keluarga kerana dia sendiri belum capai apa-apa lagi dalam kehidupannya setelah dia ditinggalkan oleh suaminya. Hidupnya hanya mengharapkan bantuan kerajaan, sedangkan dia masih sihat walafiat untuk menanggung kehidupan anak-anaknya. Adik beradik hanya inginkan dia bangun dengan sendirinya tanpa mengharapkan harta daripada lelaki. Selepas dia ditinggalkan oleh suaminya, tiada harta se sen pun yang diberi dan itu sangat memberi kesan dalam hidupnya dan anak-anak.

 

Tapi, itu lah. Hati ni Allah yang pegang. Kita tidak pernah jangka dan tidak dapat harap agar dia punya pemikiran yang sama seperti adik beradik yang lain. Dengan penuh bongkak, dia berani katakan kalau dia boleh bahagia tanpa restu orang tuanya. Dia yakin kalau lelaki yang baru dia kenali ini dapat memberinya kebahagiaan. Dengan penuh yakin dia katakan yang dia tinggalkan anak-anaknya bersama adik beradik lain jika adik beradik inginkan seperti itu. Masha Allah, ibu jenis apa yang sanggup tinggalkan anak-anaknya hanya kerana ingin menikah lagi? Bila ditegur dan di persoalkan kenapa dia sanggup tinggalkan anak-anak? Dengan kebodohannya sekali lagi mengatakan adik beradik adalah punca. Dia merasakan adik beradik tidak ada bantu dia dalam membesarkan anak-anaknya. Semua terdiam dan terkejut dengan kenyataannya sedangkan semua adik beradik yang berada dibelakangnya saat dia jatuh. Bahkan, sampai menjadi kes polis dan pergaduhan besar, adik beradik berada di hadapannya. Sangat mengejutkan bila dia nyatakan kalau dia ingin  menikah dengan lelaki itu kerana cintanya. Maka cinta ibunya? Adik-beradiknya? Anak-anaknya? Hanya kerana sang lelaki menghulur macam –macam harta benda dan wang ringgit, dia hanyut dalam melayani lelaki ajnabi sehinggakan sanggup lari bersama lelaki itu, tinggal dengan lelaki itu dan menguruskan pernikahannya tanpa wali yang sah. Kerana kedegilannya yang tak dapat dihalang dan mengelakkan daripada berlaku hal yang tidak diingini, abangnya mengalah dan mengiyakan kehendaknya. Semua terpaksa turut tapi perlukan masa untuk pengurusannya. Tapi, sekali lagi, dia buat keputusan sendiri dengan bertindak lari bersama anak-anaknya dan tinggal bersama lelaki asing  itu. Bagaimana adik beradik tidak berang dengan tindakannya?  Tetapi, disebabkan dia perlukan dokumen yang sah, dia mencari walinya yang sah dan mencari adik beradiknya semula. Tetapi, tetap dia melangkah daripada abangnya, dengan menggunakan adik lelakinya sedangkan dalam menikah itu ada urutan wali yang sah. Masha Allah, aku tak tahu nak nyatakn bagaimana lagi untuk membetulkan segalanya. Si ibunya pula yang terpaksa mengiyakan dan menurutkan kehendaknya dan segalanya tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Si ibu yang tergugat dengan keputusannya, dan dia berani katakan dia bahagia? Moga Allah pelihara hati kita semua daripada kesombongan dan kebodohan melalui tipu daya syaitan. Dia mengatakan kalau lelaki itu boleh membimbingnya ke jalan yang lurus dan penuh yakin dia katakan kalau dia boleh  bahagia.

 

Dan aku tertanya-tanya, dia berkahwin untuk apa? Kalau kerana Allah, kenapa begini caranya?

Dia ingin bahagia? Kebahagiaan apa yang dia maksudkan? Hubungannya dia katakan suci. Setelah melukakan semua orang? Dan lari? Pada jalan mana yang kita lihat kesucian itu?

 

Sungguh aku sangat terkejut dengan tindakan yang penuh kebodohan, angkuh dan menunggang agama ini.

 

Jangan dipersoal kenapa ramai yang membenci. Dan jangan dipersoal kenapa keluarga menjadi musuh. Tanya diri sendiri semula bagaimana perjalanan yang engkau pilih. Semua insan yang menyayangi memberimu nasihat yang tidak perlu engkau bayar.tapi, akhirnya engkau balas dengan pengkhianatan hanya kerana mengikit nafsu dunia mu semata.

 

Semoga Allah memelihara hati kita.