Aku tertanya-tanya
Kebahagiaan apa yang hendak mereka capai sebenarnya?
Mungkin kisah ini akan menjadi pengajaran yang besar
buat aku dan adik beradik yang lain.
Aku sangat terkilan dengan manusia yang tiada takutnya
dalam memberi jawaban yang dia rasa yakin kerana nafsunya sedangkan jawapan
sudah jelas lagi nyata dalam al-Quran. Aku pernah bertanya dengan seorang hamba
Allah yang jujurnya aku punya kebencian terhadapnya hanya kerana jawapan yang
dia berikan kepadaku penuh dengan bodoh sombongnya.
Kebahagiaan seperti apa yang dia ingin capai?
Kisahnya apabila seorang ibu yang sangat sayangkan
anaknya menyatakan bahawa dia sangat tidak bersetuju dengan keputusan anak
perempuannya untuk menikah lagi. Ya, anak perempuannya yang merupakan janda
anak lima. Kasih sayang ibu ini sememangnya tiada batas. Walaupun dia punya
anak yang lainnya, dia tetap mengharapkan anak perempuannya ini tidak
meneruskan niatnya yang hendak berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak
dikenali, malahan hanya berkenalan daripada media sosial sahaja. Jujur, aku
sememangnya sangat-sangat sakit hati mendengarkan keputusannya walaupun dia
tahu jika ibunya banyak mengalirkan airmata kerana keputusannya itu. Bahkan,
dia sanggup meninggalkan anak-anaknya demi lelaki lain sedangkan kegagalan
perkahwinannya yang pertama itu sudah memberi pengajaran yang jelas kepadanya.
Maka kesemua adik beradiknya juga menentang hasratnya itu kerana kasih sayang
tanpa syarat, dimana setelah kegagalan rumahtangganya yang pertama, semua adik
beradiknya berusaha untuk membantunya dengan menanggung segala keperluan
anak-anaknya. Si abang yang sanggup memberi wang untuk membaiki rumahnya.
Semuanya dalam diam berkorban untuknya. Tapi apa yang dia lakukan? Dalam senyap
dia menjalin hubungan dengan lelaki lain. Hal itu sangat mengejutkan semua
keluarga kerana dia sendiri belum capai apa-apa lagi dalam kehidupannya setelah
dia ditinggalkan oleh suaminya. Hidupnya hanya mengharapkan bantuan kerajaan,
sedangkan dia masih sihat walafiat untuk menanggung kehidupan anak-anaknya.
Adik beradik hanya inginkan dia bangun dengan sendirinya tanpa mengharapkan
harta daripada lelaki. Selepas dia ditinggalkan oleh suaminya, tiada harta se
sen pun yang diberi dan itu sangat memberi kesan dalam hidupnya dan anak-anak.
Tapi, itu lah. Hati ni Allah yang pegang. Kita tidak
pernah jangka dan tidak dapat harap agar dia punya pemikiran yang sama seperti
adik beradik yang lain. Dengan penuh bongkak, dia berani katakan kalau dia
boleh bahagia tanpa restu orang tuanya. Dia yakin kalau lelaki yang baru dia
kenali ini dapat memberinya kebahagiaan. Dengan penuh yakin dia katakan yang
dia tinggalkan anak-anaknya bersama adik beradik lain jika adik beradik
inginkan seperti itu. Masha Allah, ibu jenis apa yang sanggup tinggalkan
anak-anaknya hanya kerana ingin menikah lagi? Bila ditegur dan di persoalkan
kenapa dia sanggup tinggalkan anak-anak? Dengan kebodohannya sekali lagi
mengatakan adik beradik adalah punca. Dia merasakan adik beradik tidak ada bantu
dia dalam membesarkan anak-anaknya. Semua terdiam dan terkejut dengan
kenyataannya sedangkan semua adik beradik yang berada dibelakangnya saat dia
jatuh. Bahkan, sampai menjadi kes polis dan pergaduhan besar, adik beradik
berada di hadapannya. Sangat mengejutkan bila dia nyatakan kalau dia ingin menikah dengan lelaki itu kerana cintanya.
Maka cinta ibunya? Adik-beradiknya? Anak-anaknya? Hanya kerana sang lelaki
menghulur macam –macam harta benda dan wang ringgit, dia hanyut dalam melayani
lelaki ajnabi sehinggakan sanggup lari bersama lelaki itu, tinggal dengan
lelaki itu dan menguruskan pernikahannya tanpa wali yang sah. Kerana
kedegilannya yang tak dapat dihalang dan mengelakkan daripada berlaku hal yang
tidak diingini, abangnya mengalah dan mengiyakan kehendaknya. Semua terpaksa
turut tapi perlukan masa untuk pengurusannya. Tapi, sekali lagi, dia buat
keputusan sendiri dengan bertindak lari bersama anak-anaknya dan tinggal
bersama lelaki asing itu. Bagaimana adik
beradik tidak berang dengan tindakannya? Tetapi, disebabkan dia perlukan dokumen yang
sah, dia mencari walinya yang sah dan mencari adik beradiknya semula. Tetapi,
tetap dia melangkah daripada abangnya, dengan menggunakan adik lelakinya
sedangkan dalam menikah itu ada urutan wali yang sah. Masha Allah, aku tak tahu
nak nyatakn bagaimana lagi untuk membetulkan segalanya. Si ibunya pula yang
terpaksa mengiyakan dan menurutkan kehendaknya dan segalanya tanpa memikirkan
kesan jangka panjang. Si ibu yang tergugat dengan keputusannya, dan dia berani
katakan dia bahagia? Moga Allah pelihara hati kita semua daripada kesombongan
dan kebodohan melalui tipu daya syaitan. Dia mengatakan kalau lelaki itu boleh
membimbingnya ke jalan yang lurus dan penuh yakin dia katakan kalau dia boleh bahagia.
Dan aku tertanya-tanya, dia berkahwin untuk apa? Kalau
kerana Allah, kenapa begini caranya?
Dia ingin bahagia? Kebahagiaan apa yang dia maksudkan?
Hubungannya dia katakan suci. Setelah melukakan semua orang? Dan lari? Pada
jalan mana yang kita lihat kesucian itu?
Sungguh aku sangat terkejut dengan tindakan yang penuh
kebodohan, angkuh dan menunggang agama ini.
Jangan dipersoal kenapa ramai yang membenci. Dan
jangan dipersoal kenapa keluarga menjadi musuh. Tanya diri sendiri semula
bagaimana perjalanan yang engkau pilih. Semua insan yang menyayangi memberimu
nasihat yang tidak perlu engkau bayar.tapi, akhirnya engkau balas dengan
pengkhianatan hanya kerana mengikit nafsu dunia mu semata.
Semoga Allah memelihara hati kita.

No comments:
Post a Comment