Kadang aku susah untuk menjelaskan segala sesuatu situasi. Bukan kerana mereka tetapi kerna aku tidak pandai menjelaskan dengan mereka. Pernah terdetik dalam hati ini. “Ya Allah, bagaimana aku hendak lalui semua ini? Apa lagi yang perlu aku lakukan?.
Kadang aku takut pada monolog dalaman ku
sendiri. Aku takut aku mempersoalkan takdir sedangkan bukan itu maksudku.
Disebabkan segala yang terjadi dengan diri ini aku jadi takut untuk diberi
jawapan lagi. Aku minta penyelesaian. Ya.. aku perlu penyelesaian yang tidak
lagi menyakitkan. Andai aku katakan aku penat, aku hanya terus tidur dan
berehat tanpa harus fikir, “kenapa harus aku?’.
Andai aku terlalu bergembira, aku hanya perlu senyum dan
ketawa dihadapan mereka tanpa harus fikir. “ Akan bersedih kah aku selepas ini?”.
Jujur dalam menceritakan sesuatu akan membinasakan diri bila
bertemu dengan manusia yang banyak dusta dan pura-puranya.
No comments:
Post a Comment