Search This Blog

Dusta Isi Hati

 






 

Pernah tak korang rasa ragu-ragu?

 

Mustahil lah tak pernah walau sedikit pun kan. Sejak kejadian peperangan di al-Quds antara Palestin dan Israel, aku alami kesedihan yang, masha Allah..tak dapat nak ungkap melalui kata-kata. Hancur berkecai hati dan perasaan ku melihat kemusnahan dan kematian yang ramai terutama kanak-kanak dan wanita. Ramai yang menjadi yatim, tambah-tambah lagi dalam bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Sampaikan kan aku sering terbangun setiap malam untuk fikirkan keadaan mereka disana. ( Jaga mereka, lindungi mereka ya Robbi.)

 

Sebelum ni, sapa yang pernah ikut aku dulu, mesti tahu macammana aku lalui segala kesusahan yang aku lalui dengan penderitaan yang bagi orang lain, “wow, kuatnya kau.”.. dorang tahu jawapan aku akan selalu dengan “ ramai lagi yang susah, tu anak2 syria.” Memang dari dulu aku akan bagi contoh anak-anak di tanah arab yang dizalimi oleh Zionist.

Masa aku meningkat remaja, Alhamdulillah Allah bagi aku kesempatan untuk aku lalui hari-hari dimana aku sentiasa tahu tentang berita anak-anak Syria dan Palestin disana. Demi Allah, anak-anak disana yang memberi aku kekuatan untuk hadapi apa-apa saja kepayahan atau kesusahan dalam hidup. Waktu aku kehilangan ayah pun, minda ku akan ku tegarkan dengan membandingkan kepayahan dan kesedihan mereka dengan ku. “Tak pa Moi, semua makhluk akan mati. Ramai lagi yang sedih. Ada kanak-kanak disana bahkan tidak jumpa mayat keluarga. Nikmat apa yang ingin kau dustakan?” Bukan mudah ya guys.

 

Masa perang terhadap Syria dan bandar Aleppo dulu (zaman aku masih belajar di Unimas). Aku lihat banyak kehancuran dan kematian. Waktu itu, tak semua orang punya kesedaran yang tinggi tentang keadaan mereka disana. Yelah, ,masa tu sekeliling ku semua focus on nak belajar dan graduate. Aku tak cakap yang sahabat-sahabat tak ambik tahu. Ada juga yang ambil tahu tapi tidak sekuat yang aku lihat sekarang. Sekarang, Alhamdulillah ya Allah.. bukan saja suara orang terdekat, bahkan satu dunia. Ada doa-doa yang Allah makbulkan. Aku yakin doa orang-orang mukmin itu sentiasa dimakbulkan Allah s.w.t. Cepat atau lambat saja. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu sedang kamu tidak tahu.

 

Okey, back to mine, aku pernah merasa ragu-ragu terhadap hidup. Yes, aku mengaku aku pernah. Even masuk bilik bedah, aku tertanya-tanya hidup balik tak.? Panjang umur tak? What if ? bla..bla..bla..

Aku sedar yang aku hilang kesedaran dalam matlamat untuk aku hidup dibumi Allah ni. Aku sedar aku terlalu fikirkan dunia semata sedang Allah itu Maha Kaya dan Maha Perancang. Aku pernah persoalkan tentang pengakhiran ku kelak . “Khusnul Qotimah kah aku kelak.?” Jujur aku sangat takut untuk fikirkan andai Allah membalikkan hati ini dari ajaran-Nya. Setiap hari aku mendoakan diri sendiri agar Allah sentiasa bimbing hati dan jiwa ku bersama kerabat-kerabat ku untuk berada di jalan Allah. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui keinginan dan aib hamba-hamba-Nya. Sungguh aku malu untuk harapkan Allah ampun kan dosa-dosa ku sedang aku sendiri tidak tahu seberapa tinggi nilai keikhlasan hati ku dan setinggi mana aku mentauhidkan-Nya. Jujur aku malu untuk membahaskan segala kebaikan dalam kalangan kerabat ku sedang aku tahu betapa banyak dosa ku kepada-Nya.

Aku sentiasa cemburu kepada syahidnya insan-insan yang dia pilih. Sampaikan aku pernah rasakan kalau kematian itu tidaklah menyakitkan andai aku menutup mata suatu hari nanti dalam keadaan membuat kebaikan.

 

Sejak beberapa hari peperangan yang jadi, aku tahu tiada yang dapat aku mampu lakukan kecuali doa dan menggunakan platform media sosial dalam memberi tekanan kepada Zionist Israel. Kemudian aku tanya balik pada diri sendiri. “Secukup ini kah engkau bantu, Aisyah?”. Semalam aku melihat seorang lelaki yang tersenyum dengan kematian tunangnya yang di bom di Palestin. Tiada tangisan, masha Allah. Malah kegembiraan yang ditunjukkan kerana dia yakin kalau tunangnya itu syahid di jalan Allah. Demi Allah aku sangat cemburu dengan kematiannya. Bukan saja cinta manusia, syahidah itu menerima cinta Allah s.w.t.. dan jawapan kepada semua itu adalah dia seorang penghafal al-quran. Aku sendiri malu sedang aku tidak hafal semua al-quran lagi (in shaa Allah, istiqamah perlahan-lahan). Kemudian aku terlihat lagi video kanak-kanak lelaki yang datang ke kawasan rumahnya, tapi dalam keadaan bersedih sehingga dia tidak dapat berkata apa-apa. Hanya matanya yang pilu melihat segala-gala yang dia hilang.

 

Kemudian Allah menyentapkan hati ku melalui persoalan ku sekali lagi.” Apa yang perlu kau lakukan ya Aisyah?” .. Aku terdiam sejenak. Dan aku fikirkan sekali lagi.. “ Apa ya Allah..?Aku telah berikan apa yang aku mampu.”

 

Itu kah kemampuan mu? Sedang aku dibumbungi atap dan makan makanan yang sedap-sedap, pakaian yang cantik-cantik.  Kalau ada yang aku mampu, akan aku berikan.

Dan aku berdusta disitu. Kita hidup seolah-olah kita telah memberikan segala-segalanya.. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-Nya sehingga isi hati mu. Aku tahu aku punya simpanan yang masih dapat membantu. Okey, mesti ada orang akan cakap, agak-agaklah.. bukan kau tak tolong pun, Yang penting niat kau dah sampai tu, dah lah. Allah tahu juga ikhlas hati seseorang. Dan waktu itu aku juga bertanya “ Andai lah aku sendiri tahu isi hati ku sedang Dia lagi Maha Mengetahui.” Allah lagi tahu segala perancangan hidup ku. Jangan pernah takut miskin harta. Aku lagi takut kalau aku jadi miskin jiwa dan ibadah. Jangan bangga dengan kekayaan yang sementara sedang di sana nanti Allah akan menimbang walau sebesar zarah kebaikan dan dosa-dosa kita. Pegang dada, tanya hati. Bersedia kah kita andai ditanya disana? 

 

Jom, gais.. ini lah masanya. Jangan takut pada kurang rezeki kita. Allah lah yang Maha Pemberi rezeki. Aku yakin kalau aku tidak mendapatkan rumah di dunia, akan ada rumah di syurga kelak. Andai aku tiada pasangan di dunia, di syurga kelak, in shaa Allah. Miskin kan harta dunia untuk kekayaan di akhirat kelak. In shaa Allah. Semoga Allah menerima segala kebaikan kita di dunia dan mengampunkan dosa-dosa kita. Stand for Palestin. Stand for Gaza. Stand for Syria. Stand for Aleppo. Stand for Lebanon. Stand for Islam. Allahu Akbar!






 

MELIHAT KESALAHAN DIRI SENDIRI





Dalam mafhum sebuah riwayat menyatakan bahawa jika Allah inginkan kebaikan kepada seseorang hambanya maka Allah akan tunjukkan kepada dirinya aib dan kelemahan dirinya sendiri untuk dia bermuhasabah. 


Antara keramat para wali ialah "kasyaf" iaitu tersingkap dihadapan matanya sesuatu yang ghaib dengan izin Allah. Walaubagaimanapun ulama tarbiah mengatakan bahawa kasyaf yang terhebat yang boleh dicapai oleh mukmin ialah kasyaf kepada aib dirinya sendiri. Dalam erti kata lain, mata dan fikirannya tidak sibuk dengan keaiban orang lain tapi sibuk dan masyghul dengan aib dan kelemahan dirinya.


Seseorang yang sibuk dengan aib dirinya sudah pasti tidak akan ada masa untuk melihat keaiban orang lain. Allah kurniakan kepada kita dua mata, satu untuk melihat kebaikan orang lain dan satu lagi untuk melihat keaiban, kelemahan dan kekurangan diri sendiri.


Di masa sebelum diutusnya Rasulullah SAW, ada seorang lelaki saleh dari Bani Israil yang mempunyai amalan yang sungguh luar biasa. Telah tujuhpuluh tahun lamanya ia berpuasa dan hanya berbuka setiap tujuh hari sekali. Dalam beberapa waktu terakhir, ia selalu berdoa kepada Allah agar diperlihatkan kepadanya bagaimana cara syaitan menyesatkan manusia. Ia berharap, dengan mengetahui hal itu ia bisa menghindari jalan dan cara yang digunakan syaitan tersebut.


Beberapa waktu lamanya berdoa, bahkan dia menambah beberapa amalan ibadahnya tetapi Allah belum juga mengabulkannya. Sebagai seorang yang soleh, dia menyedari bahawa ada yang salah dengan dirinya, yakni sikap batinnya dalam berdoa, maka dia berkata kepada dirinya sendiri, “Jika saja aku dapat melihat dosa dan kesalahan antara aku dan Tuhanku, tentulah hal itu lebih baik daripada apa yang aku minta (yakni melihat syaitan)…!!”


Kemudian Allah SWT mengutus salah seorang malaikat, dan berkata kepadanya, “Sesungguhnya Allah mengutusku kepadamu, dan Allah berfirman : Sesungguhnya perkataan (terakhir) yang engkau katakan itu jauh lebih baik daripada seluruh ibadah yang telah engkau lakukan di masa lalu….”

Malaikat itu melanjutkan, “Kerana hal itulah Allah mengizinkanmu untuk melihat, maka sekarang lihatlah apa yang engkau inginkan….!!”


Lelaki Bani Israil itu melihat bagaimana tentera-tentera iblis mengelilingi bumi, bergerak antara langit dan bumi dengan bebas dan cepatnya. Tidak ada seorang manusiapun kecuali syaitan-syaitan itu mengitarinya untuk menggelincirkannya, seperti sekelompok serigala yang mengitari seekor kambing untuk disantap menjadi makanannya. 


Dia berkata seperti putus asa, “Wahai Tuhanku, siapakah yang boleh selamat dari semua itu?”


Allah berfirman, “Yang boleh selamat adalah orang-orang yang wara’ dan bersikap lemah lembut kepada sesamanya!!”


Makna wara’ sangat luas, tetapi secara ringkas boleh dikatakan sebagai sikap waspada dan hati-hati, berusaha menjauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang dapat membuatnya jatuh ke dalam dosa.

BFF with a man

 Friendship 2011 till now...



Sebelum ni aku pernah terbaca satu post daripada one of the influencer regarding the topic of “Boleh kah lelaki dan perempuan berkawan?”. It’s just so suddenly I remember of someone. Aku tidak menolak opinion influencer tu yang menyatakan pendapat dia tentang topik ni. Of course lah kalau kau dah ada komitmen terhadap hubungan, macam dah jadi isteri or suami orang, kau memang dah tak boleh nak wujudkan terms “berkawan baik” dengan lelaki lain. What I want to share here is about my best friend which is a man. Hehehehe.. To be honest, he is one of the best person that I have in my life. Aku pun tak pernah sangka yang one day kami akan jadi rapat. When I have a problems, he will be one of the person yang akan come to me and give me help & support. Memandangkan kami dah berjauhan, I thought..’ohh.. he will focus on his life. He will forget me.’ Tapi, rupanya tak macam tu. Masa aku jatuh sakit, he still with me. Sometimes when I really need someone to rely or someone to listen all my problems, he will always listen to me. The great thing is he always makes me laugh in every situation. Yes, I do miss him and love him as my bestfriend. I know one day he will have his own life. Aku pun tak sabar nak tengok dia kahwin. I really want to see him having a happy life too. Hehe.. know what, he is also one of the reason why im still putting sarawak’s memory in my heart.

 

I remember when I asked him to draw my picture. He did not complain about it. In fact, he did it. Haha.. Thank you.

 





I had changed my blog. But still not let him know about it. To be honest, sometimes I have to give him space cause he is hardworking person and keep working day & night. Nak on call tu, kena time aku ada problem jak. Hahaha.. Kalau tak, xda story mory dengan dia.. Yang penting, the moment I arrived in Sarawak again, I will meet him for sure (Nak claim sponsor tu kan- Steamboat, Chicken Heartz Buffet).

 

Thank you dear Arjun…

Thank you for coming and visited me in Pusat Jantung Sarawak before my operation and bought KFC for me. 

Thank you for sponsored me and my friends at steamboat & Heartz Chicken Buffet.

Thank you for giving me support during my stroke healing time by oncall with me especially when i need someone to listen all of my problems.

Thank you for promised me again with comforted promises, even though i know it is impossible for now. Hahaha.. at least, you pleased me.. Thank you my friend 😉



 











Back to Gold Memory













Khalef


 




Andai sebuah pertemuan itu hanyut tanpa noktah

Manis jika dikayuh bersama kuat diimbangi hasrat saksama

Pahit diancam ragu-ragu

lemah tanpa komitmen

Gugur segala tetesan yang tidak tertahan

Sakit segala jiwa dan raga

Hampa dan kecewa

Lusuh dan terabur

Perlu detik panjang yang berjalan

Ku tutup kan mata harap esok tiada

Bibir jadi basah kesan airmata

Hampir ku teriak kan segala rasa siksa

Tapi masih gelap saat ku membuka mata

Ku angkat tangan semula capai satu rasa

Namun dihempas ku hingga berdarah

Ku genggam erat membuka telapak tangan

Saiz kecil itu kuat menarik ku, tergamam

Si permata beta hatinya penuh indah

Mengusap kecewa ku saat aku lupa

Wahai mami Putra, lihat pada hati

Berjalan kita pada titian nan panjang

Bersama-sama saling kita genggam hingga pintu yang abadi

 


Bahagia kah pengakhirannya?

 




Aku tertanya-tanya

Kebahagiaan apa yang hendak mereka capai sebenarnya?

Mungkin kisah ini akan menjadi pengajaran yang besar buat aku dan adik beradik yang lain.

Aku sangat terkilan dengan manusia yang tiada takutnya dalam memberi jawaban yang dia rasa yakin kerana nafsunya sedangkan jawapan sudah jelas lagi nyata dalam al-Quran. Aku pernah bertanya dengan seorang hamba Allah yang jujurnya aku punya kebencian terhadapnya hanya kerana jawapan yang dia berikan kepadaku penuh dengan bodoh sombongnya.

Kebahagiaan seperti apa yang dia ingin capai? 


Kisahnya apabila seorang ibu yang sangat sayangkan anaknya menyatakan bahawa dia sangat tidak bersetuju dengan keputusan anak perempuannya untuk menikah lagi. Ya, anak perempuannya yang merupakan janda anak lima. Kasih sayang ibu ini sememangnya tiada batas. Walaupun dia punya anak yang lainnya, dia tetap mengharapkan anak perempuannya ini tidak meneruskan niatnya yang hendak berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali, malahan hanya berkenalan daripada media sosial sahaja. Jujur, aku sememangnya sangat-sangat sakit hati mendengarkan keputusannya walaupun dia tahu jika ibunya banyak mengalirkan airmata kerana keputusannya itu. Bahkan, dia sanggup meninggalkan anak-anaknya demi lelaki lain sedangkan kegagalan perkahwinannya yang pertama itu sudah memberi pengajaran yang jelas kepadanya. Maka kesemua adik beradiknya juga menentang hasratnya itu kerana kasih sayang tanpa syarat, dimana setelah kegagalan rumahtangganya yang pertama, semua adik beradiknya berusaha untuk membantunya dengan menanggung segala keperluan anak-anaknya. Si abang yang sanggup memberi wang untuk membaiki rumahnya. Semuanya dalam diam berkorban untuknya. Tapi apa yang dia lakukan? Dalam senyap dia menjalin hubungan dengan lelaki lain. Hal itu sangat mengejutkan semua keluarga kerana dia sendiri belum capai apa-apa lagi dalam kehidupannya setelah dia ditinggalkan oleh suaminya. Hidupnya hanya mengharapkan bantuan kerajaan, sedangkan dia masih sihat walafiat untuk menanggung kehidupan anak-anaknya. Adik beradik hanya inginkan dia bangun dengan sendirinya tanpa mengharapkan harta daripada lelaki. Selepas dia ditinggalkan oleh suaminya, tiada harta se sen pun yang diberi dan itu sangat memberi kesan dalam hidupnya dan anak-anak.

 

Tapi, itu lah. Hati ni Allah yang pegang. Kita tidak pernah jangka dan tidak dapat harap agar dia punya pemikiran yang sama seperti adik beradik yang lain. Dengan penuh bongkak, dia berani katakan kalau dia boleh bahagia tanpa restu orang tuanya. Dia yakin kalau lelaki yang baru dia kenali ini dapat memberinya kebahagiaan. Dengan penuh yakin dia katakan yang dia tinggalkan anak-anaknya bersama adik beradik lain jika adik beradik inginkan seperti itu. Masha Allah, ibu jenis apa yang sanggup tinggalkan anak-anaknya hanya kerana ingin menikah lagi? Bila ditegur dan di persoalkan kenapa dia sanggup tinggalkan anak-anak? Dengan kebodohannya sekali lagi mengatakan adik beradik adalah punca. Dia merasakan adik beradik tidak ada bantu dia dalam membesarkan anak-anaknya. Semua terdiam dan terkejut dengan kenyataannya sedangkan semua adik beradik yang berada dibelakangnya saat dia jatuh. Bahkan, sampai menjadi kes polis dan pergaduhan besar, adik beradik berada di hadapannya. Sangat mengejutkan bila dia nyatakan kalau dia ingin  menikah dengan lelaki itu kerana cintanya. Maka cinta ibunya? Adik-beradiknya? Anak-anaknya? Hanya kerana sang lelaki menghulur macam –macam harta benda dan wang ringgit, dia hanyut dalam melayani lelaki ajnabi sehinggakan sanggup lari bersama lelaki itu, tinggal dengan lelaki itu dan menguruskan pernikahannya tanpa wali yang sah. Kerana kedegilannya yang tak dapat dihalang dan mengelakkan daripada berlaku hal yang tidak diingini, abangnya mengalah dan mengiyakan kehendaknya. Semua terpaksa turut tapi perlukan masa untuk pengurusannya. Tapi, sekali lagi, dia buat keputusan sendiri dengan bertindak lari bersama anak-anaknya dan tinggal bersama lelaki asing  itu. Bagaimana adik beradik tidak berang dengan tindakannya?  Tetapi, disebabkan dia perlukan dokumen yang sah, dia mencari walinya yang sah dan mencari adik beradiknya semula. Tetapi, tetap dia melangkah daripada abangnya, dengan menggunakan adik lelakinya sedangkan dalam menikah itu ada urutan wali yang sah. Masha Allah, aku tak tahu nak nyatakn bagaimana lagi untuk membetulkan segalanya. Si ibunya pula yang terpaksa mengiyakan dan menurutkan kehendaknya dan segalanya tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Si ibu yang tergugat dengan keputusannya, dan dia berani katakan dia bahagia? Moga Allah pelihara hati kita semua daripada kesombongan dan kebodohan melalui tipu daya syaitan. Dia mengatakan kalau lelaki itu boleh membimbingnya ke jalan yang lurus dan penuh yakin dia katakan kalau dia boleh  bahagia.

 

Dan aku tertanya-tanya, dia berkahwin untuk apa? Kalau kerana Allah, kenapa begini caranya?

Dia ingin bahagia? Kebahagiaan apa yang dia maksudkan? Hubungannya dia katakan suci. Setelah melukakan semua orang? Dan lari? Pada jalan mana yang kita lihat kesucian itu?

 

Sungguh aku sangat terkejut dengan tindakan yang penuh kebodohan, angkuh dan menunggang agama ini.

 

Jangan dipersoal kenapa ramai yang membenci. Dan jangan dipersoal kenapa keluarga menjadi musuh. Tanya diri sendiri semula bagaimana perjalanan yang engkau pilih. Semua insan yang menyayangi memberimu nasihat yang tidak perlu engkau bayar.tapi, akhirnya engkau balas dengan pengkhianatan hanya kerana mengikit nafsu dunia mu semata.

 

Semoga Allah memelihara hati kita.



Jangan Putus Asa Wahai Aisyah

 




                                                                         *play the music


Banyak kejadian yang telah melemahkan aku.

Kini aku menjadi pantang terhadap kehilangan.

Saat aku punya kehilangan yang paling dasyat, aku melalui kehilangan yang penuh kejutan 

Perlahan-lahan semua mereka pergi tinggalkan aku.

Dan aku berjalan di setiap langkah ku  memikirkan asbab dan punca

Menjadi sempurna, ditinggalkan.

Menjadi tidak sempurna juga dipulaukan

Kadang tidak perlu lah berkejar-kejar menjadi kegemaran

Kerna, ,mereka tiada butuh dalam hidup kecuali Tuhan mendekatkan.

Sesak jalan cerita ku dengan kehadiran mereka walaupun membahagiakan pada awalnya.

Hanya ku ketap bibir dan mencelik mata dengan setiap keputusan.

Keputusan yang dimata mereka buat kebaikan diri ini.

Namun, hakikatnya bencana disetiap saat jam berjalan.

Sekarang aku redha dengan kehilangan walaupun perlu waktu yang panjang.

Tersenyum lah wahai Aisyah.

Bersyukurlah dengan sendirian mu tanpa ada yang membuat mu fikirkan hal yang sia-sia

Berdiri dengan kekuatan mu yang diberi tanpa syarat daripada-Nya

Istimewa mu itu ada pada hatimu dan engkau tahu itu

Senjata mu itu doa dan jangan berputus asa dengan ujian ini

Si Aisyah itu pemberani, penguat dan tegar dalam nafasnya.

Ya, itu aku  :)



My Counting for Biggest Losing (2011)

 




Luahan & Imbalan Tanpa Syarat

 





Andai manusia tahu bila dia mati, pasti dia tiada masa dalam memikirkan hal-hal dunia. Tentu dia hanya akan menangis sebab dia tahu yang dia akan meninggalkan segalanya dibelakang. Kita akan jadi sendirian melalui fasa-fasa alam kubur dan barzakh. Terus terang, aku juga berdebar saat aku menaip tentang hal ini. “ Bagaimana kalau itu aku? “ Setiap hari, tidak pernah sekali pun aku tidak terfikir tentang kematian. Kadang aku jadi pelik. Sewaktu aku operation jantung, aku tidak terfikir akan family ku waktu itu. Aku tidak terfikir aku akan sedar. Aku hanya fikirkan siapa yang akan ‘menjemputku?’

Semuanya bermain dalam fikiran ku selama ini. Kadang aku merasakan kalau aku perlu kan sesuatu daripada Allah, Allah itu seperti ada disebelahku mendengarkan segalanya. Saat aku bersedih akan sesuatu, walaupun hanya hal2 kecil aku akan mengadu seperti anak kecil seolah-olah aku menceritakan masalah kepada ayah ku. “Allah, macammana ni? Aku tiada ini. Minta bah aku.”

“Allah, tolong bah. Jantung ku sakit seperti ini. Bantu…”

“Allah, minta maaf aku..aku buat ini dan itu….”

“Allah, macammana ni? Aku takut begini dan begitu….”

 

Dan tiada doa ku yang Dia tidak makbulkan. Andai ada yang aku minta tapi belum dapat, aku tidak marah sebab dia sampaikan dalam hati kalau belum masanya. Dia buat hati ku faham perancangan-Nya.

 

Jangan jadikan bicara dengan Allah itu seperti bila perlu. Tapi, bicara lah sehari-hari. Walaupun Cuma dihati.


Aku Juga Bisa Bersedih

 


Kadang aku susah untuk menjelaskan segala sesuatu situasi. Bukan kerana mereka tetapi kerna aku tidak pandai menjelaskan dengan mereka. Pernah terdetik dalam hati ini. “Ya Allah, bagaimana aku hendak lalui semua ini? Apa lagi yang perlu aku lakukan?.







 Kadang aku takut pada monolog dalaman ku sendiri. Aku takut aku mempersoalkan takdir sedangkan bukan itu maksudku. Disebabkan segala yang terjadi dengan diri ini aku jadi takut untuk diberi jawapan lagi. Aku minta penyelesaian. Ya.. aku perlu penyelesaian yang tidak lagi menyakitkan. Andai aku katakan aku penat, aku hanya terus tidur dan berehat tanpa harus fikir, “kenapa harus aku?’.

Andai aku terlalu bergembira, aku hanya perlu senyum dan ketawa dihadapan mereka tanpa harus fikir. “ Akan bersedih kah aku selepas ini?”.

Jujur dalam menceritakan sesuatu akan membinasakan diri bila bertemu dengan manusia yang banyak dusta dan pura-puranya.


Mommy Without Husband




Setiap ibu akan menjadi kuat untuk anak-anak. Aku percaya akan kata-kata itu, walaupun hakikatnya aku belum menjadi seorang ibu bahkan belum berkahwin lagi.

 

Ceritera blog aku kali ini adalah berkaitan dengan seorang budak bernama Azzam Khalef Putra (Ammi).




 




Ammi merupakan anak buah aku yang aku jaga sejak kecil lagi. Jujur aku sangat bersyukur sebab dibesarkan dalam keadaan yang sempurna rasanya ada ibu bapa yang penyayang. Tapi Ammi lahir dan membesar tanpa mengenali ayahnya. Permulaannya adalah setelah 3 bulan Ammi lahir, kakak kandung aku ada masalah rumahtangga dan akhirnya terpaksa bercerai. Kerana keadaan bekas suami yang tidak memberi nafkah, Ammi menjadi tanggungjawab kami adik beradik. Aku pula yang asalnya nak mencari kerja lepas konvo, terpaksa duduk dirumah sahaja menjaga Ammi selama setahun sebab ibu kepada Ammi terpaksa bekerja untuk menyara anak-anaknya yang lain. Sepanjang tempoh aku bersama Ammi, aku mula menjadi “mommy” kepadanya. Kemana-mana aku pergi, dia mmg 24 jam akan bersama aku. Sampaikan nak ke toilet kena bawa dia. Dari Ammi juga aku belajar untuk merasakan tanggungjawab seorang ibu. Setelah Ammi berusia setahun 5 bulan, aku mula terfikir akan nasibnya kelak bila hendak bersekolah. Sumber pendapatan daripada ibu nya mmg tidak akan mencukupi sebab Ammi ada adik beradik yang lain juga.

Emak pula siang malam membuat kuih untuk dapatkan duit tambahan supaya anak-anak buah dapat duit makan dan duit ke sekolah. Masa tu aku buntu, macammana nak tolong family. Sampai lah satu hari tu aku terfikir untuk bekerja dan ibu Ammi pula yang duduk d rumah menjaga anak-anaknya. Hari pertama aku bekerja adalah hari pertama aku berpisah dengan Ammi untuk tempoh yang lama. Memang perit sikitlah, tapi terpaksa sebab nak cari duit makan kan masa tu. Aku bekerja selama 8 bulan masa tu dan sampai satu tahap aku mula sedar yang aku sememangnya tak dapat nak tampung family aku dengan gaji yang sangat rendah. Kawan aku cadangkan aku untuk merantau ke negeri dia sebab dia cakap gaji kat negeri dia tinggi kalau ada education background macam aku. Kemudian aku jadi dilemma lagi. Sedangkan berpisah beberapa jam, aku sudah rasa perit, tak dapat nak imagine kalau aku harus berpisah dengan Ammi. Waktu itu aku betul-betul nekad nak merantau sebab anak-anak buah juga adalah salah satu puncanya. Aku nekad untuk kumpulkan duit untuk perbelanjaan pendidikan mereka. Aku betul sayangkan anak-anak buah aku macam anak sendiri.

 

Sampaikan pernah buat julung kali dan harap yang terakhir kalinya aku bertengkar dengan ayah Ammi di balai polis kerana dituduh mendera anak-anak buah, sedangkan anak-anak buah adalah anak yang paling dan sangat-sangat aku sayang lebih daripada nyawa sendiri. Bila bergaduh di balai, polis yang bertanggungjawab tu memberi surat perlindungan buat aku sebab ayah Ammi ada kemungkinan untuk mencederakan aku (sebab dengki dan marah dengan kakak aku, kira ni masalah rumahtangga). Polis siap bagi amaran keras terhadap ayah Ammi yang membentak dengan polis waktu tu. Bila sampai luar pintu, dia siap ugut nak sihir kami sekeluarga (Allahu robbi). Waktu itu kami hanya mampu berserah kepada Allah (in the end, ayah Ammi dah dipenjarakan sampai sekarang kerana menjadi bomoh tipu dengan menipu duit orang).

 



Okey, sambung balik ke part Ammi dan aku berpisah. Kiranya aku dan Ammi ni terpaksa berpisah sebab aku merantau untuk cari rezeki lebih bantu mak aku dan keperluan-keperluan anak-anak buah aku. Bila aku dah mula hidup stabil di negeri orang ni, aku mula merancang untuk bawa mak aku datang sini. Aku dah niatkan untuk bawa mak aku jalan-jalan bila aku ada kenderaan. Bawa anak-anak buah aku datang bercuti dan tanggung pembelajaran mereka.

 

Aku niatkan juga untuk bawa Ammi ke negeri tempat aku merantau ini dan tinggal bersama aku.

 

Sekarang Ammi dah officially 4 tahun. Kami berpisah selama 2 tahun 11 bulan( ada juga bervideo call). Dan yang paling menyedihkan aku, Ammi juga ditinggalkan oleh mak dia dan pergi bersama adik beradik dia yang lain kerana berkahwin dengan lelaki lain.


Allah berfirman dalam al-Quran:

"Dan Mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan Allah sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)

                                                                                                                        (Surah al-Imran ayat 54)

 Ammi membesar dalam keadaan sendiri bersama kami sebab memang lepas aku merantau, yang jaga dia pun adalah mak aku (nenek Ammi).

 "...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)

Mungkin ini adalah ujian buat aku untuk membesarkan Ammi. Bagi aku ini bukanlah beban, tapi nikmat yang Allah bagi supaya aku selalu beringat dan belajar untuk pasrah dengan ketentuan-Nya. Kejadian yang berlaku sekarang ni juga buat aku sedar kalau hati itu boleh dibolak-balikkan dan iman itu tidak dapat diwarisi.

 

*Walaupun kita merancang dengan penuh teliti, tapi perancangan Allah itu lebih baik dan bersebab. Kita suka atau tidak, kita kena belajar untuk redha. :


".....boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya amat buruk bagimu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 

                                                                                                                        (surah al-Baqarah 2:216)



Setiap apa yang terjadi dalam perjalanan cerita kita dan orang lain perlu dijadikan pengajaran. Walau apa pun keputusan yang kita buat dalam meneruskan kehidupan, yang terpenting adalah kerana Allah s.w.t. dan jadikan restu dan kebahagiaan orang tua sebagai tunggak kebahagiaan kita. Jangan jadikan agama sebagai asbab tujuan yang salah. Sama-sama kita doakan supaya hati kita juga sentiasa dipelihara oleh Allah s.w.t..

 


💝 Its okey not to be okey

 




the worst feeling is when you know you don't wanna give up on someone but you know you have to







Usai di Dunia semata

 

Mungkin jodoh itu ada di depan mata kita

Tapi, apa betul kah kalau si Dia itu yang dijodohkan untuk kita?

 



                                    "PLAY THE MUSIC"


Tergantung pada diri sendiri sebenarnya untuk kita faham tentang soal jodoh. Bagaimana kalau dengan aku? Hmm... kalau aku, jodoh itu semestinya yang sudah ditetapkan di Luh Mahfuz. Bukan mudah untuk kita faham tentang situasi individu. Kadang aku tertanya-tanya, bagaimana hubungan yang perlukan komitmen yang panjang itu seperti gurauan bagi mereka-mereka? Kenapa semudah itu terjalin hubungan halal itu. Dan mereka katakan, yang namanya pernikahan itu sangat mudah. Tidak perlu dirumitkan. Jadikan suatu hubungan perkahwinan itu satu hal yang boleh beri kebahagiaan untuk dunia dan akhirat. Memang berat bila sudah menikah kerana kita tidak dapat menjadi diri kita yang dulu saat kita masih sendiri. Jadi bila kita ambil keputusan untuk bernikah itu sama seperti kita berkorban. Itu lah pengorbanan pertama kita terhadap pasangan. Pernikahan itu ibadah, dan berkorban demi ibadah itu memberi pahala buat kita.

 


Jadi kenapa aku masih belum menikah? Haha.

Soalan lazim di usia yang semakin meningkat. It’s normal for me untuk dengar soalan2 macam tu. Bukan mudah nak bagi orang faham dengan situasi yang sebenar-benarnya. Aku pernah dengar juga orang katakan kepadaku “ alaaa… ada lagi orang yang lagi teruk situasinya dari kau. Kau jak yang terlalu fikir.”

Again, it’s normal for me. Perjalanan dari awal ku pun bukan bersama mereka. Tetapi bersama family. Jatuh bangun bersama family, sampai satu tahap..yes, all of us being scared if I decided to get married. Satu tahap tu, semuanya jadi pasrah dan follow the flow only..  Bila semua pasrah, yang menjadi persoalannya pula adalah, siapa yang sanggup?! Hhmm.. jawapannya BELUM ADA.

 

Bukan soal tidak mencuba. Bila diceritakan, it will be showed I’m the victim for all of the situation. In fact, a man who having relationship with me before are the best and kindly ever. It’s just not our jodoh. That’s all. Everything happened to me caused by me and my condition. Bukan nak cakap mereka tak dapat terima diri ini. I just cannot be the perfect one for them. Only 1 of my story regarding my personal relationship that I want to share here. Asbabnya adalah, segala situasi yang terjadi penuh pengajaran dalam hidup ini.

Kisah ini mula bila aku mula menjejakkan kaki di negeri orang. Sebelum aku hendak merantau, memang aku niatkan untuk bantu family aku yang dikatakan bukan orang senang lah. Aku lahir dari keluarga yang tidak senang (tidak berharta). Tapi, Alhamdulillah.. keluarga aku sangat pentingkan ilmu pengetahuan. Arwah ayah selalu pesan untuk belajar supaya pandai. Yelah..family background belah mak aku bukan pentingkan sangat belajar sebab mak aku orang philipine (pelarian tapi ada passport sebab ayah jamin). Tapi belah ayah semua educated background. Ada yang jadi nurse dan polis. Family businessman pun ada. Tanah jangan cakap lah..tapi tu bukan point nya lah..point nya adalah bila kita ada ilmu pengetahuan, kita akan Berjaya.  That’s why arwah ayah sangat pentingkan pelajaran dan ilmu pengetahuan.

Okey, berbalik pada cerita asal, aku mula mencari kehidupan di negeri orang. Dengan penuh pengharapan aku mengharapkan rezeki yang berkat daripada Allah untuk ku dan keluarga ku. Macam2 yang terjadi sepanjang perjalanan ku sebagai seorang musafir. Dalam aku mengenali salah seorang hamba Allah yang aku anggap kakak di negeri orang, iaitu Kak N. Kak N adalah orang yang banyak membantu aku untuk selesaikan beberapa hal dan bagi aku tinggal dirumahnya.

 

Ada satu hari Kak N tiba-tiba ajukan soalan dengan aku. “ Aisyah, u xda boifren kah?”

Aku terdiam masa tu, terfikir betapa jauhnya perjalanan ku sampai aku lupa hal2 yang berkaitan dengan hubungan peribadi, and I said “ Tak ada kak. Dan saya tak ada niat lagi untuk berumah tangga.” Kak N pun mula dengan nasihatnya tentang pernikahan dan perkahwinan. Kak N bagitau kalau masalah yang aku hadapi ni seolah-olah aku menyalahkan takdir dan mungkin ada betulnya. Selagi tak usaha, Allah pun tak nak bantu. Kita yang dapat bangunkan dan bantu diri kita sendiri. Sama macammana aku berusaha sampai ke tmpat jauh untuk mencari rezeki. Sampaikan satu hari tu, Kak N suruh aku daftar satu apps ni untuk dijadikan satu usaha juga untuk mencari jodoh. Kemudian, aku pun try2 lah benda tu. Lepas 3 minggu, dengan izin Allah, aku tekan like for 1 picture yang merupakan gambar seorang lelaki bernama F. Seterusnya F bagi respon dan hantar mesej. Atas alasan yang sama kami sama2 mencuba apps ni untuk mencari pasangan. Waktu itu lah aku dan F saling berkenalan hinggalah kami berjumpa. 




Lepas berjumpa juga, kami setuju untuk bersama atas satu tujuan yang sama. Aku menceritakan segalanya kepada F tentang keadaan ku yang tidak berapa sihat (chronic desease). Alhamdulillah waktu itu, aku sangat bersyukur F terima aku seadanya. Dia juga menceritakan tentang kelemahan diri. Tapi, bagi aku, tiada masalah bila kita memiliki pasangan yang ada kekurangannya. Kita kena saling melengkapi. Kami jatuh ke dalam hubungan yang semakin serius dan berusaha sebaik mungkin untuk pertahankan hubungan ini. Kami telah merancang macam-macam untuk bersama. Siap jumpa mak F lagi. Kami menjadi semakin yakin untuk bersama bila family masing-masing terima hubungan kami. Aku menjadi yakin kalau F adalah orang dapat jaga aku dan terima aku. Aku minta Allah berikan aku petunjuk yang jelas tentang keputusan ku untuk bersama F.

Tapi..Satu hari, dengan takdir Allah s.w.t, aku telah jatuh sakit. Buat pertama kalinya aku terkena strok pada usia yang sangat muda untuk sakit sebegini. Semua family dan kawan-kawan memang terkejut dan sedih waktu itu. Jangan kan orang lain, aku juga sangat terkejut waktu itu. Yang paling menyakitkan saat itu adalah, Allah bagi aku jawapan yang aku minta daripadaNYA. F dan family tidak dapat terima keadaan aku. Aku seperti jatuh ditimpa tangga waktu itu. Hancurnya hati aku waktu itu..dan aku tahu Allah lagi Maha Mengetahui apa yang aku rasakan. Semuanya jadi hancur, perancangan, kesihatan, hubungan dan mental aku waktu itu.

 


Saat itu lah aku menjadi sangat-sangat penat untuk lalui semua ini sekali lagi. Aku tahu aku jatuh sakit itu sebab Allah nak tunjukkan dengan aku kalau F memang tak dapat bagi commitment terhadap aku bila aku jatuh sakit. Walaupun dia banyak kali keluarkan kenyataan kalau dia sanggup terima aku seadanya, which is hakikatnnya.. TIDAK. Dia tidak mahu terima semua itu sebenarnya dan Allah ingin aku selamat daripada kata-kata seorang lelaki yang memberi janji manis.

 

 

 

Dari kisah aku ni, aku nak bagitahu yang Allah itu adalah sebaik-baik perancang yang tak dapat kita sangkal kasih saying-NYA terhadap hamba-NYA. Tidak ada perempuan yang mahu hidup susah. Tapi semua perempuan tahu, bahawa hidup tidak selamanya berhubungan dengan lelaki

Kamu pernah hancur, dan aku pernah lebur…

Kita masing-masing merawat hati yang hampirnya gugur di duri2 yang melukakan.

 

Aku juga punya impian sama seperti perempuan-perempuan yang lain yang inginkan kehidupan yang normal. Aku tidak pernah harap untuk jatuh sakit sedemikian. Tapi, Allah tuliskan jalan cerita aku seperti ini sebab Allah Maha Mengetahui. Allah lebih tahu siapa lemah dan siapa yang kuat. Allah lebih tahu siapa yang berkehendak baik dan tidak. Aku juga percaya kalau satu hari nanti akan ada seorang yang sangat istimewa hatinya untuk ku. Jika tak di dunia, pastinya di syurga kelak (amin). Allah pastinya akan menjaga aku dimana pun aku berada. Dia pasti letakkan orang-orang yang terbaik untuk aku pada waktu dan saat yang tepat. Aku hanya perlu berdoa dan meletakkan pengharapan kepadaNya. Aku tidak mau menjadikan soal jodoh sebagai major point for my journey. Banyak lagi hal-hal yang boleh membawa kita ke syurga Allah. Yang pastinya jaga hubungan kita bersama Allah dan berbuat baik sesama manusia.

Semua kerana Allah

 .

.

Apa yang mampu aku katakan kepada orang sekeliling adalah betapa indahnya perancanganNya untuk hambanya. Kadang kita tidak pernah perasan semuanya. Kadang kita menjadi tidak puas dengan pemberianNya. Apa yang telah ada di depan mata masih tidak cukup, sedangkan ada yang melihat kita dari belakang mengharapkan agar mereka berada di tempat kita. Pasti ada dalam kalangan kita yang pernah dengar “Untunglah kamu.”. Tapi tetap..kita masih juga tidak puas dan masih mengeluh terhadap sesuatu. Cuba kita fikirkan semula, apa sebenarnya yang kita inginkan? Wang? Rumah? Kereta mewah? Cinta? Sanjungan? Sahabat? Atau Keluarga? 

Kita semua adalah manusia yang penuh nafsunya dengan dunia padahal semuanya sementara. Dulu, aku punya fikiran yang sama, keinginan yang sama dan mencari sesuatu yang ku anggap tidak pernah habis. 

Dulu aku ada sesuatu yang aku anggap segalanya, iaitu Keluarga. Aku menganggap semuanya cukup bagi ku semuanya kerana disitu Allah memberiku nikmat keluarga,sahabat,pendidikan,rezeki dan banyak lagi hingga tidak terhitung. Tiada kebimbangan dalam hati sewaktu itu.

Kemudian, Allah menyampaikan rindunya dengan memberi sakit kepadaku. Tiada keluhan langsung dalam diri. Aku terima semuanya dengan ikhlas. Kemudian, Allah menyembuhkan semula. Dan, dilimpahkan lagi rezeki yang tidak terhitung kiranya sampai lah aku sedar, aku sudah sampai di tahap menara gading yang dikatakan oleh budak sekolah menengah. 


Sekali lagi Allah menguji ku dengan menghantar rindunya melalui kesakitan bapa. Hampir lemah aku disudut pembaringan bapa yang lemah pernafasannya. Saat itu, bapa katakan kepada kami, belum sampai masanya. Jangan risau. Waktu itu, tiada daya ku selain berdoa. Dari situ aku mula membuat perhitungan dengan Allah, dengan mengharapkan agar sakit bapa itu diberikan kepada ku. Rela ku menanggungnya. Tiada daya ku melihat bapa yang seharusnya berjalan seperti dulu, duduk seperti dulu dan aku duduk dipangkuannya dengan ciuman yang paling ikhlas aku terima seumur hidup ku. Telah ku katakan kepada Allah bahawa aku tidak bersedia menerima kehilangan bapa.

Perhitungan ku itu telah Allah terima dengan memberi kesakitan yang ku minta itu dan memberi kesembuhan buat bapa untuk tempoh yang lama. Sekali lagi, tiada keluhan buat ku dan aku sentiasa ikhlaskan sakit ini. Untuk tempoh tertentu, aku mulai tenat. Pada masa yang tidak pernah aku sangkakan, aku juga menjadi lemah di pembaringan ku sendiri. Kemudian, Allah memberi kesembuhan kepada ku melalui pembedahan besar dan sangat lama. Jujur, tiada perasaan lain yang dapat digambarkan selain gembira dan bersyukur. Tapi, jauh disudut hati kebimbangan tetap menyelubungi diri. Adakah bapa atau mak turut membuat perhitungan untuk ku?. Diam dan bimbang sentiasa bermain dalam diri. Selepas 4 bulan habis pembedahan, aku dikejutkan dengan khabar berakhirnya peminjaman ku dengan Allah seorang bapa. Telah sampainya hari berakhir perhitungan yang pernah aku lakukan dulu. Dari situ aku mula marah dengan diri sendiri. Telah ku salahkan diri ini kerana wujud dalam dunia. Telah marah aku kerana menjadi beban. Telah ku marah diri ini sehingga menganggap diri ini sial. Telah ku marah diri ini kerana tidak pandai menjaga diri. Telah ku marah diri ini kerana banyak sekali menyusahkan orang. Banyak kali aku katakan dalam diri, kenapa aku tidak mati saja sewaktu pembedahan. Kenapa aku perlu hidup lagi?


Tapi, satu hari, aku mula sedar. Semuanya telah Allah rancangkan dan anugerahkan dengan sebaik-baiknya serta bukti cintaNya yang sangat tinggi buat diri. 


“Maka sesungguhnya disetiap masalah pasti disertai jalan keluar.”

“…Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (al-Anfal:46)

Allah telah banyak menghantarkan kepadaku orang-orang yang kukira lebih susah dari ku. (contoh paling nyata : Syria). Berkat kesabaran dan kekuatan yang masih tersisa buat diri ini, telah ku bagi-bagikan untuk insan-insan yang memerlukan. Tiada terlintas dibenak ku, akan ada orang yang hidup bersandarkan pengalaman ku. Terdapat beberapa sahabat dan kenalan yang Allah hantarkan kepada ku untuk ku sama-sama merasai nikmat hidup yang boleh kukatakan hidup untuk kedua kalinya. Bagaimana aku hargai peluang kedua ini dengan bangun dari kelemahan dan ujian yang bertimpa-timpa aku hadapi. 


Apa yang hendak ku katakan adalah, hargailah masa-masa anda terutamanya dengan orang-orang yang telah Allah hantarkan kepada kita sebagai ayah, ibu, abang, kakak, adik, kawan, suami/isteri atau anak-anak. Kalau nak diikutkan, banyak benda yang hendak aku ungkapkan tentang banyaknya kita yang masih jauh dari Allah. Sedih menyelubungi diri saat aku memikirkan betapa jauhnya kita dari Allah, terutamanya orang-orang yang kita sayang. Fikirkan sedalam-dalamnya, syurga kah kita setelah semuanya? Jujurkah kita dalam beriman? Kenapa susah, telah hilangkah hidayah Allah? Sekiranya engkau takut memikirkan semua itu, maka bersyukurlah. Kerana itu adalah nikmat Allah, kerana aku juga merasakan hal yang sama. Selamat bersyukur atas nikmat Allah.

.





Alhamdulillah, pada 08/11/2017, keluarga Ahang telah menyambut hari konvokesyen Aisyah di Universiti Malaysia Sarawak, dimana saya juga telah melaksanakan amanat arwah bapa dengan jayanya. Semoga bapa ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan tinggi darjatnya. (al-Fatihah)